awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2.38 juta individu kemas kini maklumat di PADU, setakat 1 Feb

Bernama
Bernama
02/02/2024
06:44 MYT
2.38 juta individu kemas kini maklumat di PADU, setakat 1 Feb
Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 0.38 juta individu, diikuti Sarawak (0.31 juta), Johor (0.24 juta) manakala Perak dan Sabah, masing-masing (0.21 juta) individu.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah merekodkan jumlah pengemaskinian maklumat individu seramai 2.38 juta orang berdasarkan sumber data pentadbiran setakat semalam.
PADU dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan diberikan sejak ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 2 Jan lepas.
Menurut infografik yang turut dikongsikan bersama hantaran itu, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 0.38 juta individu, diikuti Sarawak (0.31 juta), Johor (0.24 juta) manakala Perak dan Sabah, masing-masing (0.21 juta) individu.
Bagi negeri-negeri lain pula, Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan (0.16 juta) individu, Terengganu (0.13 juta), Pahang dan Kuala Lumpur, masing-masing (0.12 juta), Pulau Pinang dan Sarawak, masing-masing (0.11 juta), Melaka (0.07 juta), Perlis (0.03 juta) manakala Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan (0.01) juta individu.
Orang ramai boleh mengemas kini maklumat mereka dalam sistem PADU menerusi laman sesawang www.padu.gov.my, yang dibuka dari 2 Jan hingga 31 Mac ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sistem Pangkalan Data Utama
#PADU
#pendaftaran
#Rekod
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan