awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

244 rumah rosak akibat ribut di Kemaman

Bernama
Bernama
24/10/2024
03:40 MYT
244 rumah rosak akibat ribut di Kemaman
Tujuh keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Gong Pauh disebabkan kerosakan teruk rumah mereka. - Foto BERNAMA
CHUKAI: Sebanyak 244 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai di daerah Kemaman dan kawasan dalam radius kira-kira tiga kilometer di sekitarnya
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Hanafiah Mat berkata ia melibatkan kediaman di sembilan buah kampung termasuk Kampung Tuan, Kampung Pengkalan Pandan, Kampung Besut, Kampung Gong Limau dan Kampung Bakau Tinggi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai berkata tujuh keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Gong Pauh disebabkan kerosakan teruk rumah mereka.
"Kampung lain yang terjejas ialah Kampung Kubang Kurus, Kampung Jalan Dato, Kampung Besut 2 dan Kampung Gong Pauh. Kita telah arahkan 17 pasukan kontraktor untuk membaiki kediaman yang rosak pagi ini. Kerja-kerja ini turut dibantu oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Prihatin.
"Sementara di sekolah, kerja-kerja gotong-royong pembersihan juga sedang giat berjalan oleh pihak sekolah, NGO Khidmat Malaysia dan komuniti setempat," katanya.
Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata tujuh sekolah mengalami kerosakan teruk akibat kejadian yang berlaku sekitar 4 petang semalam.
Beliau berkata sekolah terjejas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, SK Seri Kemaman, SK Seri Iman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Chukai, SMK Sultan Sulaiman, SMK Bukit Mentok dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Falah.
Jelani berkata tiga sekolah telah diberi cuti peristiwa iaitu SMA Al Falah, SK Seri Iman serta SK Seri Kemaman berikutan kerosakan teruk di bangunan-bangunan kelas pembelajaran dan pengajaran (PdP), manakala empat sekolah masih dapat beroperasi kerana kerosakan tidak menjejaskan bilik darjah.
"JPNT telah memohon peruntukan kecemasan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membaik pulih semua kerosakan di tujuh sekolah terbabit," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata pihak jurutera sedang membuat penilaian kerosakan dan kerja-kerja pembersihan giat dijalankan bagi memastikan sesi PdP dapat diteruskan seperti biasa Ahad depan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut
#hujan air batu
#rumah rosak
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan