awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

25 individu ingkar PKP, main judi dalam kebun kelapa sawit

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/02/2021
02:30 MYT
25 individu ingkar PKP, main judi dalam kebun kelapa sawit
25 individu yang ditahan ketika berjudi di dalam kebun kelapa sawit. - Astro AWANI
KULIM:25 individu ditahan ketika asyik bermain judi belangkas di dalam sebuah khemah dalam kebun kelapa sawit di Taman Bestari di sini, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Sapii Ahmad berkata, kesemua mereka terdiri daripada 24 lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 58 serta seorang warga Sri Lanka yang memiliki kad pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).
Jelasnya, serbuan dilakukan pasukan Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), IPK Kedah pada jam 11 malam.
Menurutnya lagi, mereka juga didapati dengan sengaja tanpa alasan munasabah melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Ketika serbuan dilakukan, kesemua individu berkenaan sedang asyik bermain judi dipercayai judi pakau dan belangkas.
“Siasatan awal mendapati pertaruhan judi berkenaan membabitkan nilai RM23,608 dan polis segara menahan suspek berusia antara 28 hingga 58 tahun untuk membantu siasatan,” katanya.
Sapii berkata, turut dirampas 52 keping daun pakau bunga diamond, satu unit kain kanvas biru dan oren serta sebuah unit lampu pengecas semula.
“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut mengikut Seksen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Topic Berkaitan
#polis
#jenayah
#Kulim
#siasatan
#pelarian
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Kedah
#judi
#warga Sri Lanka
#UNHCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan