awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

25 inisiatif perkukuh perpaduan dilaksana Mei, Jun - Aaron

Bernama
Bernama
08/07/2025
20:15 MYT
25 inisiatif perkukuh perpaduan dilaksana Mei, Jun - Aaron
Aaron Ago Dagang berkata, pelbagai program telah digerakkan di seluruh negara dengan pendekatan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat bagi memastikan semangat perpaduan terus subur dari akar umbi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 inisiatif telah dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara sepanjang Mei dan Jun lepas bagi memperkukuh semangat perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pelbagai program telah digerakkan di seluruh negara dengan pendekatan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat bagi memastikan semangat perpaduan terus subur dari akar umbi.
Antara inisiatif utama yang dilaksanakan termasuk Fiesta Uniti di Muzium Perak, Konsert Lagu Kita di Sabah serta program galakan membaca "Dariku Untukmu" yang menyasarkan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
"Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan anjuran kementerian turut menjadi wadah memupuk persefahaman antara kaum menerusi penghayatan budaya," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Beliau berkata, program Arkib@Sekolah pula bertujuan memperkukuh jati diri generasi muda melalui penghayatan terhadap sejarah negara.
Menurut Aaron, setiap inisiatif digerakkan dengan matlamat membina asas integrasi yang kukuh bagi menjamin kesejahteraan jangka panjang masyarakat majmuk Malaysia.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian perpaduan negara
#inisiatif perkukuh perpaduan
#Aaron Ago Dagang
#masyarakat pelbagai kaum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan