SEPANG: Sebanyak 25 belia lahir daripada program Malaysia Future Leaders School (MFLS) terpilih mewakili belia Malaysia untuk mengambil bahagian dalam program-program berkaitan belia di Ekspo 2020 Dubai.
Mereka yang terpilih, antara calon terbaik daripada 240 peserta MFLS Tier 3 tahun 2020 anjuran Kluster Kepimpinan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), berlepas ke Dubai semalam bagi menyertai pelbagai program yang dirangka sehingga 11 Disember ini.
Ketua Pengarah i-LEAD Mohd Haswandi Ahmad berkata peserta ke Ekspo 2020 Dubai itu diharap dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin melalui pertemuan-pertemuan dengan para belia ketika di sana merangkumi pelbagai bidang.
"Apabila mereka balik ke Malaysia, mereka akan menjadi jurucakap kita dan di i-LEAD sendiri, mereka akan menjadi fasilitator bagi program berkaitan kerjaya, modal insan, kepimpinan dan kenegaraan," katanya kepada Bernama selepas sesi pelepasan delegasi Malaysia ke Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
MFLS menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) yang dirangka secara holistik dengan menggabungkan kegiatan dalaman dan luaran berimpak tinggi.
MFLS Tier 1 melibatkan proses saringan bagi memilih peserta yang layak ke peringkat Tier 2 bagi mengikuti program MFLS selama 10 hari di pusat-pusat latihan terpilih. MFLS Tier 3 pula menyaksikan pelaksanaan konsep pengantarabangsaan belia yang berlangsung selama dua bulan.
Menurut Mohd Haswandi, MFLS kini mempunyai lebih 30,000 alumni.
"MFLS ini usahasama beberapa kementerian termasuk Kementerian Pendidikan (KPM) bertujuan melahirkan pemimpin muda dengan pelbagai teras, dengan melihat kepada latar belakang peserta yang aktif dalam kokurikulum dan cemerlang dalam bidang akademik," katanya.
Ketika di Ekspo 2020 Dubai, peserta belia Malaysia akan terlibat dalam sesi pembentangan dan perkongsian informasi berkaitan elemen Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), sesi jaringan antarabangsa yang antaranya menemukan usahawan belia Malaysia dengan usahawan dari pelbagai negara dan latarbelakang, serta program Dialog Antara Pemimpin Masa Depan Serantau di Pavilion Malaysia.
Mohd Haswandi turut memaklumkan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS Abdullah Hasan selaku Ketua Delegasi KBS ke Ekspo 2020 Dubai telah berada di negara berkenaan bagi memastikan segala program berjalan lancar.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan MFLS Tier 3 2021 pula akan berlangsung pada 17 hingga 26 Dis di Kuala Lumpur melibatkan peserta terpilih dari seluruh negara.
Sementara itu, ketua delegasi Ahmad Fareez Zulhaqeem Ahmad Zahadi,19, melahirkan rasa teruja dan bangga kerana terpilih menyertai Ekspo 2020 Dubai selain dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dirancang bagi peserta MFLS.
"Saya harap dapat menimba ilmu sebanyak mungkin untuk membangunkan belia Malaysia," kata pelajar semester empat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu.
E.Sharvin,19, pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), berharap tanggungjawab dan kepercayaan diberikan KBS kepada setiap peserta tidak disia-siakan, dan akan digunakan sebaik mungkin ketika di ekspo nanti.
Ekspo 2020 Dubai berlangsung mulai 1 Okt 2021 hingga 31 Mac 2022 dengan tema 'Menghubungkan Minda, Menciptakan Masa Depan'. Penyertaan Malaysia di ekspo berkenaan diterajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, manakala Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Manusia (MGTC) sebagai agensi pelaksana.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021
Delegasi belia Malaysia bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang sebelum berlepas ke Dubai semalam. - Foto KBS
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.