awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

250 pendakwah terpilih sertai Du'at Al-Falah

Bernama
Bernama
27/05/2023
23:20 MYT
250 pendakwah terpilih sertai Du'at Al-Falah
Mohd Na'im berkata objektif Du'at Al-Falah adalah bagi melahirkan du'at yang sentiasa mendidik masyarakat setempat dan komuniti dengan enam nilai teras Malaysia MADANI. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Seramai 250 pendakwah terpilih menyertai Du'at Al-Falah iaitu sebuah gabungan pendakwah yang berperanan membimbing kefahaman masyarakat tentang teras pembinaan Malaysia MADANI.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata Du'at Al-Falah daripada kalangan ahli ilmuwan, golongan profesional dan para asatizah itu akan membimbing kefahaman masyarakat berpandukan enam teras MADANI sebagai asas diskusi.
"Du'at Al-Falah akan membawa pendekatan kesederhanaan dan berpegang teguh dengan asas akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Konsep Malaysia MADANI diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi pada 19 Jan lepas, diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.
Mohd Na'im berkata objektif Du'at Al-Falah adalah bagi melahirkan du'at yang sentiasa mendidik masyarakat setempat dan komuniti dengan enam nilai teras Malaysia MADANI.
Selain itu katanya, gabungan tersebut berperanan mewujudkan ejen dakwah yang membawa pendekatan sederhana (wasatiy) dan pemikiran bertamadun (madaniyyah) dalam proses perubahan (islah) dan menegak keadilan sosial di Malaysia.
Beliau berkata pendakwah yang terpilih sebagai Du'at Al-Falah itu akan bertindak sebagai pembentuk watak du'at selaras dengan nilai wasatiyah, hikmah, rahmah, matang dan cerdas.
Du'at Al-Falah itu dipilih daripada kalangan pendakwah yang telah dikenal pasti menerusi pengesyoran oleh institusi dan organisasi dakwah berasaskan tiga kategori iaitu Du'at Komuniti, Du'at Akademia dan Du'at Belia
"Ini merupakan antara usaha membentuk komuniti pendakwah yang soleh dan musleh.
"Pendakwah akan menjadi ikon contoh dalam mengangkat nilai akhlak, juga prinsip keagamaan yang menghormati nilai kemanusiaan (insaniyah) dan menolak segala bentuk kekerasan (ghuluw) dalam beragama," katanya.
Mohd Na'im berharap Du'at al-Falah akan menjadi pembimbing masyarakat bagi meningkatkan kualiti ilmu pengetahuan Islam yang sebenar dan menerapkan nilai-nilai unggul Malaysia MADANI dalam komuniti di segenap peringkat seperti dihasratkan Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendakwah
#Du'at Al-Falah
#Mohd Na'im Mokhtar
#Malaysia Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan