awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26 individu ditahan berpesta liar di kondominium mewah

Bernama
Bernama
06/11/2021
21:29 MYT
26 individu ditahan berpesta liar di kondominium mewah
Polis turut merampas pelbagai peralatan sistem audio yang diubah suai seperti digunakan pusat hiburan dan kesemua suspek kini ditahan reman. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Keseronokan 26 individu termasuk remaja bawah umur yang sedang leka berhibur dengan alunan muzik kuat dalam parti liar terbantut apabila unit kondominium mewah yang disewa mereka di sini, diserbu polis awal pagi Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra'ais berkata sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah menyerbu unit kondominium mewah itu pada 1.30 pagi, hasil maklumat awam dan risikan pihaknya.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 15 lelaki dan 11 perempuan yang kesemuanya berusia 13 hingga 21 tahun sedang berpesta di unit kondominium yang disewa dengan harga RM500 semalam untuk berhibur di situ.
"Siasatan mendapati kesemua mereka yang terdiri daripada rakan-rakan itu menyewa kondominum tersebut menerusi laman sosial dan wang sewaan dibayar dengan harga RM30 seorang bagi perempuan manakala RM50 seorang bagi lelaki untuk tujuan mengadakan parti liar," katanya dalam satu kenyataan.
Polis turut merampas pelbagai peralatan sistem audio yang diubah suai seperti digunakan pusat hiburan dan kesemua suspek kini ditahan reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit merbahaya dan Peraturan 17(1) Peraturan Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) (No 2) 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti liar
#kondominium mewah
#PDRM
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan