awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26 peserta tabligh diarah jalani kuarantin di rumah

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
13/03/2020
08:27 MYT
26 peserta tabligh diarah jalani kuarantin di rumah
Mereka yang mungkin mempunyai hubungan rapat dengan peserta tabligh yang disyaki dijangkiti COVID-19 agar tampil untuk pemeriksaan. Gambar Astro AWANI.
Seramai 26 orang dari Sibu yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling di Kuala Lumpur, baru-baru ini, diarahkan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.
Mereka dikenal pasti antara 500 rakyat Sarawak yang dilaporkan menyertai program perhimpunan di masjid tersebut dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Semua peserta perhimpunan berkenaan diminta tampil oleh Kementerian Kesihatan untuk membuat pemeriksaan apabila seorang peserta dari Brunei disahkan positif COVID-19, dipercayai dijangkiti ketika menghadiri majlis itu.
Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Teh Jo Hun, berkata lebih 20 orang telah disiasat dan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sibu dan klinik kerajaan di sini bagi mengesan jika mempunyai simptom COVID-19 pada Khamis.
"Kami berjaya mengesan lebih 20 orang (peserta tabligh) dan mereka tidak mempunyai tanda jangkitan atau gejala COVID-19.
“Namun, kami masih menunggu keputusan ujian lain dan bagi mereka yang tidak mempunyai gejala, kami telah mengarahkan mereka untuk melakukan kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kesihatan Komuniti di Poliklinik Oya pada Jumaat.
Dr Teh berkata, arahan kuarantin selama 14 hari adalah wajib untuk mereka dan tempoh inkubasi adalah 14 hari atau lebih.
Dalam pada itu, beliau turut meminta mereka yang mungkin mempunyai hubungan rapat dengan peserta tabligh yang disyaki dijangkiti Covid-19 agar tampil untuk pemeriksaan.
"Sesiapa yang bersama dengan mereka sila tampil ke hadapan untuk pemeriksaan kerana kami memerlukan kerjasama anda,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Brunei Darussalam
#coronavirus
#COVID-19
#koronavirus
#Poliklinik Oya
#Sarawak
#Sibu
#sri petaling
#tabligh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan