awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,626 kes penipuan di Johor, rugi RM166.3 juta - MB

Bernama
Bernama
23/10/2023
04:08 MYT
2,626 kes penipuan di Johor, rugi RM166.3 juta - MB
Onn Hafiz berkata angka itu sekali gus menunjukkan kes penipuan menjadi jenayah komersial tertinggi di negeri ini. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Sebanyak 2,626 kes penipuan direkodkan di Johor, dengan kerugian berjumlah RM166.3 juta dalam tempoh sembilan bulan bermula Januari lepas.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata angka itu sekali gus menunjukkan kes penipuan menjadi jenayah komersial tertinggi di negeri ini.
Beliau berkata antara kes penipuan itu melibatkan pinjaman dan pelaburan tidak wujud, penipuan panggilan, tawaran kerja, belian dalam talian dan menyamar sebagai kenalan.
"Semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Johor Bil. 2 (JKKN) 2023, saya telah menegaskan perlunya penyelesaian dan langkah tuntas diambil bagi menangani isu penipuan yang semakin berleluasa.
"Saya juga menyeru seluruh Bangsa Johor, agar lebih berhati-hati dengan jenayah penipuan ini, dan saling mengingatkan sesama kita agar tidak mudah dimanipulasi," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Onn Hafiz berkata kerajaan negeri Johor yakin dengan kredibiliti dan langkah yang telah disusun oleh agensi keselamatan dalam memastikan keamanan dan sebarang ancaman daripada darat, laut dan udara negeri sentiasa terkawal.
"Semoga Agenda Johor Selamat dapat diselaraskan kepada semua agensi keselamatan, agar hasrat menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030 tercapai. Insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Johor
#penipuan
#onn hafiz ghazi
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan