awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

268,000 keluarga miskin bakal terima manfaat Skim Insurans Keluarga Malaysia

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
25/03/2022
09:45 MYT
268,000 keluarga miskin bakal terima manfaat Skim Insurans Keluarga Malaysia
Di bawah skim itu, KIR yang berdaftar dalam sistem eKasih diberi perlindungan insurans yang melibatkan mana merangkumi 268,000 keluarga miskin dengan premium RM50 setahun yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 13.4 juta. - Gambar fail/BERNAMA
KANGAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju bagi menyediakan Skim Insurans Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar di Malaysia.
Menurutnya, di bawah skim berkenaan, Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih diberi perlindungan insurans yang melibatkan mana merangkumi 268,000 keluarga miskin dengan premium RM50 setahun yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 13.4 juta.
"Sekiranya KIR meninggal dunia disebabkan kematian biasa, keluarga akan mendapat manfaat RM10,000, keilatan kekal RM10,000 sementara yang meninggal dunia akibat kemalangan RM20,000.
"Pada masa yang sama, Pru-takaful BSN menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu sejak 2018 memberi perlindungan insurans RM 30,000 secara percuma bagi KIR yang berdaftar menerusi eKasih."
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri turut menyifatkan peralihan negara kepada fasa Endemik awal bulan hadapan sebagai tepat pada masanya terutama ketika memasuki bulan Ramadan.
Keputusan itu akan membolehkan keseluruhan Keluarga Malaysia dapat mengimarahkan masjid dan surau dengan menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah tanpa perlu penjarakan fizikal.
Bagaimanapun, Ismail Sabri sentiasa berharap agar masyarakat sentiasa mengamalkan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan terutama dari adpek pemakaian pelitup mula selain amalan penjagaan kebersihan diri.
"Justeru, bagi memastikan SOP dan Garis Panduan (GP) masih terjaga, saya melancarkan program Duta Komuniti Keluarga Malaysia yang berkonsepkan kesukarelawan. Matlamatnya ialah membudayakan kawalan kendiri dalam kalangan komuniti sepanjang fasa peralihan ke endemik. Duta Komuniti ini akan ditempatkan di kawasan berisiko tinggi iaitu sesak dan tertutup.
"Mereka akan memastikan maklumat yang disampaikan kepada komuniti adalah tepat, terkini dan efektif dengan cara penyampaian yang bernada lembut, berhemah dan bersopan-santun apabila membuat teguran," tambahnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Skim Insurans Keluarga Malaysia
#perlindungan insurans eKasih
#Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan