awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2.69 juta sudah daftar PADU setakat semalam - DOSM

Bernama
Bernama
07/02/2024
08:15 MYT
2.69 juta sudah daftar PADU setakat semalam - DOSM
Mohd Uzir ditemui pemberita selepas meninjau penduduk setempat mendaftar dan mengemaskini maklumat peribadi di dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Mahligai hari ini. - Foto Bernama
BACHOK: Sebanyak 2.69 juta individu sudah membuat pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di seluruh negara setakat semalam, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Beliau berkata lima negeri iaitu Sarawak, Selangor, Johor, Perlis dan Kelantan merekodkan jumlah pendaftaran tertinggi sejak sistem itu dilancarkan 2 Jan lepas.
"Seramai 191,078 atau 15 peratus penduduk Kelantan telah mendaftar PADU setakat semalam.
"Selain itu pendaftaran tinggi turut direkodkan di Johor iaitu 270,000 orang dan lebih 100,000 di Perlis, Sarawak dan Selangor juga merekodkan jumlah pendaftaran yang tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau proses pendaftaran PADU di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Mahligai, di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kelantan Fareza Mohamed Sani.
Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata berdasarkan rekod yang dicatatkan itu pihaknya berkeyakinan sasaran tiga juta individu untuk mendaftar PADU akan dicapai dalam tempoh masa terdekat.
Beliau berkata sebanyak 911 PEDI seluruh negara turut menyediakan perkhidmatan membantu penduduk membuat kemas kini dalam sistem PADU.
"Pendaftaran PADU akan dibuka sehingga 31 Mac depan, berdasarkan gerak kerja yang dilaksanakan kami yakin dalam tempoh sebulan lebih ini, tahap kesedaran mengenai PADU semakin tinggi dan pendaftaran akan terus meningkat.
"Saya melihat bila angka pendaftaran semakin meninggi orang yang berdaftar itu akan memberi penerangan kepada yang lain sebab mereka akan saling bertanya," katanya.
PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, DOSM dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sistem Pangkalan Data Utama
#PADU
#Mohd Uzir Mahidin
#pendaftaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan