awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

271 PATI berjaya didaftarkan dalam program penggajian semula

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
16/02/2016
10:47 MYT
271 PATI berjaya didaftarkan dalam program penggajian semula
SAKIB: JIM mendapat 31 permohonan, dengan 23 telah berjaya diproses manakala sebanyak lapan permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Seramai 271 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah berjaya didaftarkan dalam talian melalui Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI yang dibuka mulai semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Sakib Kusmi berkata, 245 PATI daripada 271 yang telah berdaftar adalah warganegara Indonesia, lapan warganegara Myanmar dan 18 lagi adalah lain-lain warganegara.
Jelasnya, JIM juga mendapat 31 permohonan, dengan 23 telah berjaya diproses manakala sebanyak lapan permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
"JIM telah dihujani dengan pertanyaan daripada orang ramai dan majikan berhubung program penggajian semula ini.
"JIM ingin menasihatkan orang ramai dan majikan supaya tidak berurusan dengan ejen yang tidak sah atau mana-mana pihak yang mendakwa boleh menguruskan PATI bagi pihak majikan untuk mengelakkan daripada risiko ditipu oleh ejen-ejen ini," tambahnya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Program penggajian semula ini bermula sejak Isnin, selepas diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 5 Februari lalu.
Program ini bertujuan untuk mendaftar PATI yang bekerja secara haram di Malaysia di bawah majikan yang sah dengan melalui syarat-syarat yang ditetapkan.
Maklumat kriteria dan syarat-syarat PATI dan majikan serta maklumat pendaftaran boleh diperolehi dari laman web http://rehiring.imi.gov.my atau http://www.imi.gov.my .
Topic Berkaitan
#Imigresen
#pati
#pendatang asing tanpa izin
#Program Penggajian dan Penempatan Semula
#Sakib Kusmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan