KOTA KINABALU: Jawatankuasa Induk Menangani Setinggan Sabah telah mengenal pasti sebanyak 285 koloni setinggan di seluruh negeri melibatkan 33,566 rumah dan 130,397 penduduk, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata hanya tiga daerah daripada 27 daerah di Sabah iaitu Ranau, Kota Belud dan Tuaran tidak mempunyai koloni setinggan, justeru setiap daerah disaran supaya mempunyai pelan bagi menangani isu setinggan ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri itu berkata bagi mengatasi masalah itu, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarahkan untuk menyediakan kajian keperluan perumahan, mengenal pasti serta menyenaraikan tanah tersedia untuk pembangunan Program Perumahan Rakyat (PPR).
"Saya ingin melihat lebih banyak daerah atau PBT yang sifar setinggan. Daerah atau PBT yang mempunyai banyak koloni setinggan hendaklah mencapai penurunan yang ketara menjelang akhir 2025 nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga mahu semua PBT berusaha memperkasa khidmat kepada penduduk masing-masing, malah mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan kekangan dihadapi seperti isu kebersihan dan bukan hanya menunggu konsesi pembersihan dilantik.
Dr Joachim juga sering menerima terus aduan awam mengenai tahap kebersihan, serta lampu-lampu jalan yang tidak menyala pada waktu malam, justeru tindakan proaktif perlu untuk menyelesaikan masalah terbabit sebelum aduan itu dibuat.
Beliau berkata jelajah ke PBT di Sabah telah dimulakan dan telah melawat Majlis Daerah di Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan, dan hasil lawatan itu mendapati masalah dihadapi PBT hampir sama.
Beliau berkata antara masalah dikenal pasti adalah kekurangan kewangan dan kakitangan, kemudahan asas serta kemudahan PBT umumnya usang dan tidak diselenggara dengan baik.
"Saya mengingatkan Presiden dan Pegawai Eksekutif (PBT) kepada prinsip setiap PBT sepatutnya berusaha ke arah mandiri kewangan, dan bukan hanya berharap sumbangan dan pemberian kerajaan. Semua PBT hendaklah berusaha menjana pendapatan dan mengelakkan pembaziran serta ketirisan.
"Setiap PBT juga harus mempunyai senarai keutamaan projek-projek pembangunan, mengikut keperluan mendesak PBT masing-masing dan bukan mengikut senarai permohonan-permohonan daripada pihak luar. Kebersihan kawasan PBT masing-masing hendaklah sentiasa terjaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Hanya tiga daerah daripada 27 daerah di Sabah iaitu Ranau, Kota Belud dan Tuaran tidak mempunyai koloni setinggan. - Gambar hiasan
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.