awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji

Bernama
Bernama
18/04/2024
11:45 MYT
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Hajiji berkata beliau telah diberi taklimat mengenai situasi letusan gunung berapi itu dan akan sentiasa memberi keutamaan dalam memantau keadaan dan keselamatan orang ramai. - Foto Reuters
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji dalam satu kenyataan di sini berkata beliau telah diberi taklimat mengenai situasi letusan gunung berapi itu dan akan sentiasa memberi keutamaan dalam memantau keadaan dan keselamatan orang ramai.
Lebih 20,000 penumpang dipercayai terjejas berikutan penggantungan semua penerbangan berjadual keluar masuk dari lapangan terbang di Kota Kinabalu, Labuan, Tawau dan Sandakan hari ini, menurut kenyataan itu.
Beberapa penerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabah, dan Sarawak dibatalkan hari ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.
Malaysia Airlines setakat ini mengumumkan 19 penerbangan telah dibatalkan, dengan 11 penerbangan membabitkan Sabah, manakala lapan lagi membabitkan Sarawak.
Air Asia berkata 16 daripada penerbangannya yang menghubungkan KLIA dengan destinasi di Sabah dibatalkan, lapan membabitkan Kota Kinabalu dan lapan lagi membabitkan Tawau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letusan Gunung Ruang
#Hajiji Noor
#Sabah
#keselamatan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan