awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa

Bernama
Bernama
24/02/2025
07:15 MYT
286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran pada sesi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 138 isu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 116 isu melibatkan siasatan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang diselaraskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan 32 isu disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Setakat 14 Jan 2025, JPA telah mengambil tindakan tatatertib terhadap 311 pegawai dan antara tindakan diambil ialah amaran, denda, tangguh pergerakan gaji, turun pangkat dan dibuang kerja, selain dua pegawai awam turut dijatuhkan hukuman oleh mahkamah," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan S Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah yang dikenal pasti, setelah pengauditan dijalankan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Kulasegaran berkata berdasarkan statistik dari 2012 hingga Januari lepas, sebanyak 12,393 isu telah diaudit, 11,594 isu diselesaikan manakala 799 lagi sedang disusuli.
Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan MADANI memberi tumpuan utama dalam memastikan tatakelola pentadbiran awam ditambah baik dan dipertingkatkan melalui pelbagai reformasi institusi, dan memperkenalkan inisiatif baharu antaranya pindaan Akta Audit 1957 yang memberikan skop lebih luas kepada Ketua Audit Negara dalam menjalankan pengauditan.
Kulasegaran berkata selain itu, pengenalan platform pemantauan dalam talian Jabatan Audit Negara (JAN), Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (AGD) membolehkan pemantauan masa nyata, meningkatkan ketelusan serta memastikan tindakan susulan terhadap kelemahan kewangan yang dikenal pasti dalam LKAN.
"Sistem AGD merupakan inisiatif JAN dalam membantu mempercepat penyelesaian isu audit dan meningkatkan prestasi tadbir urus dalam sektor awam secara keseluruhan.
"Dengan pengawasan berterusan dan ketelusan yang dipertingkatkan, kerajaan dapat mengurangkan ketirisan serta meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan di sektor awam," katanya dan menambah dalam tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI, isu dibangkitkan dalam LKAN juga dibahaskan secara terbuka di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan asal Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam Belanjawan tidak diselewengkanmemandangkan LKAN masih menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan di banyak agensi kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Laporan Ketua Audit Negara
#disiasat pihak berkuasa
#M Kulasegaran
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan