KOTA BHARU: Sebanyak 40 peratus atau 29,423 daripada 72,384 tunggakan kes pembahagian pusaka berjaya diselesaikan sejak awal tahun ini hingga Ogos lepas, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata ia adalah hasil usaha berterusan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menerusi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dalam menangani tunggakan kes pembahagian pusaka sehingga jumlahnya berkurangan kepada 42,961 kes.
Katanya pencapaian positif itu juga susulan semakan semula langkah kawalan COVID-19 semasa fasa peralihan ke endemik dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 oleh kerajaan mulai April dan Mei lepas.
"Penempatan semula pegawai Unit Petugas Khas (UPK) Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) yang sebelum ini ditempatkan di pentadbiran tanah negeri ke Pejabat Unit Pembahagian Pusaka (UPP) di setiap negeri di Semenanjung Malaysia telah membantu meningkatkan kapasiti penyelesaian kes dalam jangka masa pendek.
"Penyelesaian tunggakan kes berjalan lancar dengan sokongan dan kerjasama berterusan daripada pihak-pihak berkuasa negeri," katanya pada sidang media selepas pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka Peringkat Kelantan di sini hari ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub yang mewakili Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata KeTSA juga berharap pengambilan 50 pegawai dan 50 pembantu tadbir secara kontrak mulai Jan 2023 kelak dapat menyelesaikan baki tunggakan secara tuntas dan segera.
"Tindakan ini juga supaya tunggakan kes dapat diselesaikan sebelum pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) dikuatkuasakan," katanya.
Menurutnya purata tahunan kes yang diterima pada waktu ini adalah 60,000 kes dengan Kedah mencatat angka tertinggi iaitu 13,000 kes.
Katanya di Kelantan sahaja terdapat 7,570 kes pembahagian pusaka yang tertunggak setakat Ogos lepas dan diharap kes tunggakan ini dapat diselesaikan segera sebelum pindaan akta berkenaan dikuatkuasakan.
Beliau berkata pihak JKPTG sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi memastikan cadangan pelantikan kakitangan tambahan secara kontrak selama tiga tahun tersebut dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
"Kakitangan tambahan yang dilantik secara kontrak ini akan ditempatkan di UPP negeri berdasarkan keperluan dan dijangka proses pengambilan selesai dibuat menjelang Disember ini dan tarikh lapor diri pada awal Januari 2023.
"KeTSA akan terus menerajui usaha bagi memastikan isu tunggakan pembahagian pusaka kecil diberi perhatian sewajarnya dalam memastikan suasana harmoni dapat diwujudkan dalam kalangan rakyat selaras dengan Nilai Kebersamaan dalam konsep Keluarga Malaysia," katanya.
Menurutnya JKPTG juga akan membuka klinik penyelesaian tunggakan pusaka bagi memberi peluang kepada pelanggan serta waris hadir mendapatkan khidmat nasihat mengenai isu harta pusaka yang dihadapi dan konsultasi berhubung tatacara permohonan pembahagian pusaka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022

Takiyuddin berkata, pencapaian itu susulan semakan semula langkah kawalan COVID-19 semasa fasa peralihan ke endemik dan kelonggaran SOP COVID-19 oleh kerajaan mulai April dan Mei lepas. - Gambar fail
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

29,423 tunggakan kes pusaka diselesaikan setakat Ogos
Sebanyak 40 peratus atau 29,423 daripada 72,384 tunggakan kes pembahagian pusaka berjaya diselesaikan sejak awal tahun ini hingga Ogos lepas.