awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

29 mangsa banjir berlindung di tiga PPS di Marang malam ini - NADMA

Bernama
Bernama
23/01/2024
16:06 MYT
29 mangsa banjir berlindung di tiga PPS di Marang malam ini - NADMA
Sebanyak 29 mangsa daripada lapan keluarga yang terjejas akibat banjir di Marang, Terengganu berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di daerah itu, setakat malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 29 mangsa daripada lapan keluarga yang terjejas akibat banjir di Marang, Terengganu berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di daerah itu, setakat malam ini.
Menurut laporan terkini kejadian bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula mendapati beberapa lokaliti sungai di enam negeri berada pada paras bahaya.
Sungai berkenaan ialah Sungai Muda di Sik, Kedah, Sungai Kelantan (Kota Bharu, Kelantan), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah), Sungai Terengganu (Hulu Terengganu) dan Sungai Rompin (Pahang).
Terengganu dilanda banjir gelombang keempat dengan Marang menjadi daerah pertama terjejas selepas hujan berterusan sejak malam semalam.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#Marang
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan