KUALA LUMPUR: Penentuan tarikh sambutan Hari Raya di negara ini berdasarkan kriteria apabila kenampakan anak bulan berada pada ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan yang dicerap pada 29 Ramadan setiap tahun.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Luqman Abdullah berkata di Malaysia penentuan tarikh Hari Raya adalah melalui kaedah gabungan antara ilmu Hisab (kiraan) dan Rukyah (anak bulan) atau lebih dikenali Imkanur-Rukyah iaitu menepati kadar tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal (sabit pertama selepas ijtima') dan matahari.
"Penetapan kita adalah berdasarkan kepada hukum syarak di mana pada 29 Ramadan akan dibuat cerapan anak bulan untuk dilihat sama ada hari raya pada keesokan harinya ataupun kalau anak bulan tidak kelihatan maka akan beraya pada lusa.
"Jadi itu yang kita amalkan selama berpuluh tahun dan sepatutnya tidak timbul isu tentang perkara ini, yang menjadi isu apabila ada pihak membawa pandangan negara lain yang berasaskan kepada pengiraan negara lain dan yang baru ini mengatakan bahawa raya pada hari Jumaat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Luqman berkata melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama beberapa agensi yang terlibat menunjukkan bahawa saiz anak bulan yang dijangka adalah dua darjah dan memustahilkan untuk hari raya jatuh pada hari Jumaat.
"Berdasarkan kepada pengiraan kita pada 29 Ramadan ini pada hari Khamis ketinggian anak bulan tidak mencapai kriteria itu lagi iaitu berada pada ketinggian dua darjah, kebiasaanya pada 29 belum nampak lagi dan dari segi pengiraan adalah tipis dan tak mungkin akan nampak anak bulan.
"Bagaimanapun kita bergantung juga pada kuasa Allah, sebab itu pada pengiraan semasa kita katakan raya adalah pada hari raya Sabtu tetapi pengesahan yang tepat bergantung kepada kenampakkan anak bulan pada 29 Ramadan, kita hanya jangkakan hari raya mengikut keadaan semasa berdasarkan Imkanur-Rukyah," katanya.
Luqman berkata jangkaan yang berada pada takwin semasa kini berpandukan perkembangan ilmu astronomi dan pejabat mufti sememangnya sentiasa berbincang bersama bahagian astronomi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengenai data berkenaan.
"Apa yang berlaku pada tahun lepas adalah apabila jangkaan yang dibuat adalah lima darjah iaitu hampir dengan kriteria yang telah ditetapkan dengan ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan.
"Ketika itu juga kebolehnampakan anak bulan begitu jelas dengan keadaan cuaca yang cerah, tiada awan yang melindungi anak bulan," katanya.
Beliau berkata selain itu tarikh Hari Raya mestilah bergantung kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini bagi penentuan tarikh permulaan 1 Syawal.
"Maklumat daripada 29 lokasi cerap anak bulan di seluruh Malaysia akan dikumpulkan selepas itu akan dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja barulah umumkan kepada masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Melalui pemerhatian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama beberapa agensi yang terlibat menunjukkan bahawa saiz anak bulan yang dijangka adalah dua darjah dan memustahilkan untuk hari raya jatuh pada hari Jumaat.- Fail/BERNAMA
Google buang akses Google Lens pada 'Circle to Search'
Kemas kini Circle to Search ini dilihat telah diedarkan kepada semua pengguna secara meluas.
Penerbangan ke New York dilencongkan ke Delhi akibat ancaman bom
Tiga penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Mumbai, India menerima ancaman bom pada Isnin.
Israel lakukan genosid baharu di Jabaliya, Gaza - Pelapor Khas PBB
Tentera Israel kini melakukan siri pembunuhan beramai-ramai di Jabaliya, kawasan utara Semenanjung Gaza.
Memahami sel tumor kanser payudara bersifat agresif
Tumor jenis agresif umumnya dikesan dalam kanser payudara ialah triple-negative dan HER2-positive, yang mana selalunya lebih sukar dirawat, menjadikan diagnosis awal dan tindakan segera kritikal.
Kerajaan ada ruang untuk optimumkan perbelanjaan - Rafizi
Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaannya walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sindiket Pasir - Dua lagi 'safe house' ahli politik digeledah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia bakal kongsi pengalaman tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan pada AIPA
Perkara itu merupakan fokus utama yang akan dikongsi bersama negara ASEAN lain termasuk pengalaman negara dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan.
Hospital di AS bergelut dengan kekurangan bekalan perubatan akibat taufan
Lebih 86 peratus penyedia perkhidmatan kesihatan di AS mengalami kekurangan bekalan cecair IV.
Cedera bekas isteri: AGC tolak representasi pelakon Hafidz Roshdi
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 20 Jan depan untuk perbicaraan dan mengarahkan pengadu iaitu Nurul Shuhada, 30, hadir pada prosiding berkenaan.
[TERKINI] GISBH rayu kerajaan, pihak berkuasa lebih ‘ihsan’ ketika menyiasat - Peguam GISBH
Rayuan itu disuarakan peguam mereka, Datuk Rosli Kamaruddin yang juga berpendapat tidak perlu digunakan undang-undang keselamatan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap mereka.
Jakim sangkal laporan cerapan 1 Syawal 1443H tidak sah
Laporan yang menyatakan hasil cerapan 1 Syawal 1443H yang ditetapkan pada 2 Mei 2022 tidak sah dan terbatal, adalah tidak benar, menurut Jakim.
Jakim nafi keluar poster tarikh Hari Raya Aidilfitri
Jakim menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023.