awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

294 pelajar Malaysia di Jawa Timur selamat - Wisma Putra

Bernama
Bernama
14/02/2014
16:00 MYT
294 pelajar Malaysia di Jawa Timur selamat - Wisma Putra
Sebanyak 294 pelajar Malaysia di Malang, Surabaya, Solo dan Yogyakarta, kawasan yang terjejas akibat letusan Gunung Kelud di daerah Magelang, Jawa Timur, dilaporkan selamat.
Wisma Putra dalam kenyataan malam tadi menasihatkan pelajar berkenaan supaya tinggal di dalam rumah dan mengelak daripada melakukan aktiviti luaran.
Kedutaan Malaysia di Jakarta akan terus memantau keadaan, menurut kenyataan itu.
Berikutan letusan terbaru itu, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan atau lawatan tidak penting ke kawasan terjejas di wilayah itu atas faktor keselamatan.
Wisma Putra turut meminta rakyat Malaysia yang sudah berada di kawasan itu supaya memantau keadaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia.
Semalam, Gunung Kelud, yang terletak 90km di barat daya Surbaya dan 200km dari Yogyakarta, meletus sebanyak dua kali, dengan mengeluarkan abu setinggi 3,000m ke udara.
Pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan larangan zon keselamatan dalam lingkungan 10km dari gunung tersebut dan lapangan terbang di Yogyakarta, Solo dan Surabaya ditutup sementara.
Topic Berkaitan
#letusan Gunung Kelud
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan