JOHOR BAHRU: Seramai 3,500 pegawai dan anggota polis di negeri ini akan ditugaskan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar, pada Sabtu ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata seramai 2,500 pegawai dan anggota ditempatkan di pusat penamaan calon PRK Pulai dan kawasan sekitarnya, manakala selebihnya di DUN Simpang Jeram.
"Kesemua pegawai dan anggota ini termasuk kereta-kereta peronda akan digerakkan ke pusat penamaan calon dan kawasan sekitar untuk membuat pemantauan dan menjaga keselamatan bagi memastikan tiada sebarang gangguan berlaku," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Pada masa yang sama, Kamarul Zaman menasihati calon serta penyokong parti politik supaya mematuhi segala arahan dan peraturan yang diberikan pihak polis serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang proses penamaan calon berlangsung.
Beliau turut mengingatkan calon dan penyokong agar tidak mencetuskan sebarang provokasi serta saling menghormati antara satu sama lain.
Sementara itu, beliau berkata 927 anggota polis akan mengundi awal pada PRK Parlimen Pulai, namun tiada anggota yang terlibat bagi pengundian awal PRK DUN Simpang Jeram.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada Sabtu ini, 5 Sept pengundian awal dan hari pengundian pada 9 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata seramai 2,500 pegawai dan anggota ditempatkan di pusat penamaan calon PRK Pulai dan kawasan sekitarnya, manakala selebihnya di DUN Simpang Jeram. - Gambar fail
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Ahli politik Britain menang PRK dengan kempen pro-Palestin
Ahli politik Britain George Galloway meraih kemenangan besar dalam PRK bagi kerusi Parlimen Rochdale dengan menjadikan sokongan terhadap Semenanjung Gaza sebagai modal kempen pilihan raya.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.
PRK DUN Pelangai: Pas umum calon malam ini
Pas bakal mempertaruhkan calon anak tempatan yang dekat dengan rakyat untuk bertanding sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.