awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo

Bernama
Bernama
23/03/2024
10:05 MYT
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
Teo Nie Ching berkata, DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan. - Gambar fail
KULAI: DAP belum mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata ketika ini parti itu mahu menumpukan kepada urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
"Fokus kami pada upacara pengebumian mendiang untuk beri penghormatan kepada keluarga mendiang. Terima kasih kepada UMNO dan BN kerana memberi laluan kepada DAP," katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Tangki Air Kampung Sri Muar di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata pihaknya tidak akan bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu bagi menghormati kerjasama antara parti politik dalam kerajaan Perpaduan.
Lee, 58, yang menjadi ADUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 meninggal dunia Khamis lepas akibat penyakit kanser.
Berhubung program hari ini, Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata sumbangan 121 tangki air itu merupakan langkah sementara bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang dialami oleh 350 penduduk Kampung Sri Muar sejak tiga minggu lepas.
Timbalan Menteri Komunikasi itu berkata 135 kediaman terjejas susulan gangguan itu yang berpunca daripada penangguhan projek penggantian paip sepanjang 1.7 kilometer.
"Saya berharap bahawa pihak operator air negeri Ranhill SAJ Sdn Bhd dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#PRK
#Kuala Kubu Bharu
#penbgebumian
#Lee Kee Hiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan