awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air

Bernama
Bernama
06/02/2025
02:10 MYT
3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Gangguan bekalan air di Simpang Ampat, Pulau Pinang itu disebabkan kerja-kerja penyambungan akhir paip 300mm MS X 300mm MS di Jalan Merak 5, Taman Merak, Seberang Perai Selatan (SPS). - Gambar fail
GEORGE TOWN: Sebanyak 3,950 akaun pengguna Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di kawasan Simpang Ampat, dekat sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air itu disebabkan kerja-kerja penyambungan akhir paip 300mm MS X 300mm MS di Jalan Merak 5, Taman Merak, Seberang Perai Selatan (SPS).
"Gangguan bekalan air itu akan bermula pada 10 malam esok hingga 6 pagi Sabtu, membabitkan 3,950 akaun pengguna di kawasan Taman Idaman, Taman Tambun Jaya,Taman Merak dan Taman Merak Jaya," menurut kenyataan itu dalam laman Facebooknya, hari ini.
Sehubungan itu, PBAPP meminta pengguna yang terjejas untuk menyimpan air yang mencukupi bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air.
PBAPP akan mengemas kini status gangguan bekalan itu menerusi Facebook rasmi PBAPP Penang dari semasa ke semasa dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Simpang Ampat Pulau Pinang
#Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
#PBAPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan