Skip to main content
Advertisement

Malaysia

3 anak yatim Palestin ditaja rakyat Malaysia terkorban dalam serangan Zionis

61699423583_TBanakyatimjpg.jpg
Advertisement
TIGA anak yatim Palestin yang ditaja rakyat Malaysia dikhabarkan telah pergi buat selamanya selepas terkorban dalam serangan Zionis ke atas Gaza semalam.

Anak-anak syurga itu adalah Abedallah Shikh Eid, Ali Ali Al Nashar dan Baker Mohammed Baker Al Nams. Ketiga-tiga mereka berusia 17 tahun.

Perkhabaran tersebut disampaikan oleh pemilik platform X, Zulfadhli Zin dan disahkan oleh akaun MyCARE.


โ€œMenerima berita sedih buat rakyat Malaysia. Tiga anak yatim (dari Palestin) yang ditaja Malaysia setiap bulan dan dijadikan anak angkat, telah pergi selamanya.

โ€œPihak @mycarehq dah maklumkan kepada parents angkat mereka di Malaysia. Sama-sama kita doakan dan salam takziah,โ€ tulisnya.

Menerusi balasan-balasan di hantaran itu, ramai dalam kalangan pengguna media sosial mendoakan kesejahteraan roh anak-anak itu, selain membaca Al-Fatihah buat roh mereka.

*Artikel asal yang disiarkan di Gempak


Must Watch Video

Advertisement