awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2017
12:22 MYT
3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri
Bill Kayong (gambar) atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah ditembak mati di persimpangan lampu isyarat dekat E-Mart Supermarket di Jalan Pintas Tudan, Miri-Kuala Baram pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016. -Gambar fail
Mahkamah Tinggi Miri membebaskan dan melepaskan tiga tertuduh atas dakwaan subahat dalam kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong pada 21 Jun 2016.
Kesemua yang dibebaskan adalah Lie Chang Loon, 38; Chin Wui Ching, 51; dan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 46.
Mereka dituduh bersubahat dengan Mohamad Fitri Fauzi mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Sekysen 302 kanun yang sama.
Keputusan dibuat hakim Ravinthran N. Paramaguru selepas mendapati tiada satu pun daripada keterangan pihak pendakwaan yang mengaitkan penglibatan ketiga-tiga tertuduh.
Chang Loon yang merupakan pemilik pub, Wui Ching pembantu peribadi Chang Loon, dan ahli perniagaan berumur itu dilihat tenang semasa hakim menyampaikan keputusan.
Sementara itu, Fitri, 30, seorang bouncer pusat hiburan diperintah membela diri selepas keterangan pendakwaan mencukupi untuk membuktikan pembabitannya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mahkamah menetapkan 14 hingga 16 Jun untuk prosiding bela diri.
Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah ditembak mati di persimpangan lampu isyarat dekat E-Mart Supermarket di Jalan Pintas Tudan, Miri-Kuala Baram pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016.
Topic Berkaitan
#Bill Kayong
#bunuh
#Chin Wui Ching
#Lie Chang Loon
#mahkamah
#mati
#Miri
#PKR
#Stephen Lee Chee Kiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan