awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 buruh kontrak warga Myanmar didakwa culik rakan senegara

Bernama
Bernama
01/11/2021
07:18 MYT
3 buruh kontrak warga Myanmar didakwa culik rakan senegara
Tiga lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret (Munisipal) di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki senegara dan meminta wang tebusan sebanyak RM3,000 pada Oktober lepas. - Foto BERNAMA
BUTTERWORTH: Tiga lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret (Munisipal) di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki senegara dan meminta wang tebusan sebanyak RM3,000 pada Oktober lepas.
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai buruh kontrak adalah Abdul Rahim Ali Husson, 38, Taher Ahmad Mustafa Ahmad, 42, dan Mostaque Ahmed Rofiq Ahmed, 36.
Ketiga-tiga tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Melayu, di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes tersebut adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, menculik seorang lelaki warga Myanmar, Saddik Mohammad Jalil dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan berjumlah RM3,000.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara kira-kira 8.10 malam 21 Okt hingga 8.25 malam 24 Okt di sebuah rumah di Kampung Masjid, Sungai Layar, di dalam daerah Sungai Petani, Kedah.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 (Akta 365) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 3 Dis untuk laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik rakan senegara
#Butterworth
#buruh kontrak
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan