awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 kebakaran di UKM dalam sehari, bomba siasat unsur khianat

Bernama
Bernama
06/08/2021
15:34 MYT
3 kebakaran di UKM dalam sehari, bomba siasat unsur khianat
Norazam berkata bomba masih menyiasat kebakaran berkenaan termasuk jika ia membabitkan unsur khianat. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Insiden kebakaran di tiga lokasi berbeza dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi yang tular di media sosial hari ini bukan berlaku pada hari ini, sebaliknya Rabu lepas.
Tiga kebakaran itu adalah di Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ungku Omar dan bangunan Pusanika UKM.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kebakaran pertama berlaku di Kolej Aminudin Baki UKM melibatkan sebuah tilam dan katil di dalam bilik asrama penuntut dan api dipadam oleh penuntut menggunakan alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba pada kira-kira 4.20 petang.
"Insiden kedua melibatkan kebakaran di dewan makan di bangunan Pusanika UKM pada 10.51 malam dan api dipadamkan oleh pihak bomba.
"Kebakaran ketiga melibatkan sebuah tilam dan katil di bilik Kolej Ungku Omar pada kira-kira 11.38 malam dan api dipadamkan penuntut menggunakan alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba," katanya ketika dihubungi.
Mengulas sama ada kebakaran berkenaan melibatkan unsur khianat, Norazam berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UKM
#kebakaran
#kolej
#Pusanika UKM
#3 kebakaran
#khianat
#bomba
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan