awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 PATI cedera kereta masuk parit ketika lari daripada polis

Bernama
Bernama
15/06/2022
08:49 MYT
3 PATI cedera kereta masuk parit ketika lari daripada polis
Lima PATI yang menaiki kereta itu diselamatkan menggunakan 'spineboard'. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Tiga cedera termasuk dua wanita patah kaki apabila kereta dinaiki lima pendatang tanpa izin terbabas ke dalam parit ketika dikejar polis di Kunci Air Kuala Selangor, Jalan Kereta Api Lama awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi itu menyebabkan kesemua mereka berumur lingkungan 30-an yang berada di dalam kenderaan tersebut terpaksa memanjat bumbung kereta yang terjunam ke parit, sementara menunggu untuk diselamatkan.
Norazam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 5.19 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerahkan ke lokasi dan sebaik tiba, didapati sebuah kereta terbabas ke dalam parit akibat dikejar polis.
"Semua mangsa berjaya keluar dari kereta dan menunggu di atas bumbung kenderaan itu sementara menunggu ketibaan bomba.
"Kelima-lima individu itu kemudian diselamatkan dengan menggunakan 'spineboard' untuk naik ke atas dan didapati dua wanita mengalami patah kaki dan seorang lelaki cedera pada bahu," katanya.
Beliau berkata mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum kesemua pendatang asing itu diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi rawatan dan tindakan susulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pati
#lari daripada polis
#kereta terbabas
#Kunci Air Kuala Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan