awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 suspek, mayat Jong Nam keluar Malaysia dengan pesawat sama - KPN

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
31/03/2017
09:29 MYT
3 suspek, mayat Jong Nam keluar Malaysia dengan pesawat sama - KPN
KHALID: "Siasatan masih diteruskan. Siasatan kes jenayah tidak pernah tutup. Kita boleh tunggu bertahun-tahun." - Foto Astro AWANI
Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan tiga suspek warga Korea Utara meninggalkan Malaysia menerusi pesawat sama yang membawa jasad mangsa bunuh, Kim Jong Nam.
Polis juga katanya telah merakam percakapan tiga suspek warga Korea Utara terbabit pada Ahad lalu dan dilaporkan telah meninggalkan Malaysia semalam.
"Kita membenarkan mereka keluar daripada Malaysia kerana tiada keperluan untuk kita menahan individu-individu tersebut.
"Siasatan masih diteruskan. Siasatan kes jenayah tidak pernah tutup. Kita boleh tunggu bertahun-tahun," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Ditanya siapakah pihak yang menulis surat untuk menuntut mayat tersebut, jawab Khalid:
"Saya kata waris terdekat (next of kin). Secara perundangan, Kim Jong Un juga adalah waris terdekat kepada Kim Jong Nam.
"Saya tidak akan menyatakan siapa yang menulis surat tersebut," katanya.
Justeru, beliau berharap pihak Korea Utara dapat mengemukakan empat individu yang masih dicari polis bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#kim jong nam
#Korea Utara
#KPN
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan