awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 tahanan bolos didakwa di mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2013
11:53 MYT
3 tahanan bolos didakwa di mahkamah
Tiga tahanan reman yang bolos daripada kawalan polis di Pulau Pinang 7 Januari lalu mengaku bersalah atas empat tuduhan memukul anggota polis serta melarikan diri dari tahanan.
Ketiga-tiga mereka ialah Mohd Farid Akhtar, 24; Mohd Sharimy Moh Noor, 28 dan Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26.
Mereka didakwa mencederakan anggota polis Mohd Nazzuwan Md Zain, Mohd Azizan Ahmad, Muhammad Sharifuddin Ali dan T.K. Mahendran yang mengiringi mereka dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth.
Bagi pertuduhan itu, mereka berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda manakala bagi pertuduhan lolos tahanan, penjara dua tahun atau denda.
Maut
Ketiga-tiga mereka bolos bersama empat yang lain di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dekat plaza tol di Bagan Ajam, sebelum ditahan semula enam hari kemudian.
Dua tahanan, Mohd Farid Adam, 31, yang juga ketua kumpulan Joe Mafia serta orang kanannya, Mohd Noor Mohd Mustafa, 28, mati ditembak dalam kejadian berbalas tembak dengan polis empat hari selepas bolos.
Buru
Dua lagi tahanan, Mohd Hamzani Harun dan Nor Hisham Abdul Rahman masih diburu.
Majistret Hzween Azleena Othman Kamal menetapkan 5 Mac ini untuk pihak pendakwaan mengemukakan dokumen berkaitan kes
Mahkamah tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin sementara menunggu tarikh berkenaan. Mereka tidak diwakili oleh peguam.
Topic Berkaitan
#bolos
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan