awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 rumah dinaiki air, kenderaan terkandas di Klebang Restu

Astro Awani
Astro Awani
31/05/2018
13:57 MYT
30 rumah dinaiki air, kenderaan terkandas di Klebang Restu
Buat masa ini tiada mangsa terperangkap kerana banjir hanya melibatkan kawasan perumahan tersebut dan kenderaan yang terkandas pula hanya melibatkan kenderaan yang diletakkan di kawasan banjir sahaja. - Gambar Astro AWANI
Hampir 30 buah rumah di Taman Klebang Restu, dekat sini dinaiki air dan beberapa kenderaan terkandas, ekoran hujan lebat berterusan seterusnya banjir kilat yang berlaku sejak 3 petang tadi.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Syed Azrul Hizam Syed Abd Aziz, kejadian banjir yang berlaku di Hala Klebang Restu, Taman Klebang Restu itu melibatkan paras air sedalam dua kaki.
"Pihak bomba menerima panggilan pada jam 4.33 petang dan setibanya jentera di tempat kejadian didapati berlaku banjir kilat yang melibatkan hampir 30 buah rumah.
"Namun, tiada mangsa terperangkap, banjir hanya melibatkan kawasan perumahan tersebut dan kenderaan yang terkandas pula hanya melibatkan kenderaan yang diletakkan di kawasan banjir sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya lagi, operasi pemantauan sedang giat dijalankan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Topic Berkaitan
#air
#banjir
#banjir kilat
#bomba
#Klebang Restu
#mangsa
#operasi
#Syed Azrul Hizam Syed Abd Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan