300 permohonan lesen mendulang emas diterima sejak awal Januari

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan lesen mendulang emas di tanah kerajaan hanya dibenarkan kepada rakyat Kelantan dengan bayaran RM100 setahun. - Gambar fail/Sinar Harian
KOTA BHARU: Lebih 300 individu telah mengemukakan permohonan lesen mendulang emas sejak dibuka pada awal Januari lepas.
Ringkasan AI
- Lebih 300 individu mohon lesen mendulang emas di Kelantan sejak awal Januari, menunjukkan sambutan menggalakkan terhadap aktiviti tersebut.
- Lokasi aktiviti mendulang akan diumumkan, proses permohonan tidak ambil masa lama, dan aktiviti ini dipercayai dapat membantu rakyat mencari rezeki halal.
- Lesen mendulang emas hanya dibenarkan kepada penduduk Kelantan dengan bayaran RM100 setahun dan hanya menggunakan kaedah tradisional tanpa mesin moden.
"Setiap permohonan melalui proses tertentu, namun tidak mengambil masa terlalu lama. Aktiviti mendulang emas ini juga dapat membantu rakyat mencari rezeki secara halal dan dibenarkan kerajaan, sekali gus memakmurkan hasil bumi sendiri," katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan 2026 di Kompleks Kota Darulnaim di sini.
Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan lesen mendulang emas di tanah kerajaan hanya dibenarkan kepada rakyat Kelantan dengan bayaran RM100 setahun.
Permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah dan Galian manakala pemegang lesen hanya dibenarkan menggunakan kaedah tradisional tanpa sebarang bantuan mesin atau peralatan moden.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


