awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

300 teksi khas wanita bakal dilancar April ini

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
20/03/2013
02:08 MYT
300 teksi khas wanita bakal dilancar April ini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melancarkan 300 buah lagi teksi khas yang akan dipandu oleh pemandu wanita sebagai antara usaha kerajaan menangani kes jenayah dan menjamin keselamatan penumpang wanita.
Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur berkata, pada masa sama, inisiatif itu juga bertujuan meningkatkan pendapatan golongan wanita yang berpendapatan rendah.
Jelas beliau, inisiatif berkenaan digerakkan di bawah program 1Azam Khidmat yang dikendalikan oleh kementerian.
“Teksi-teksi ini dipandu oleh wanita-wanita yang terdiri daripada ibu tunggal dan juga suri rumahtangga. Mereka akan dikenali sebagai Teman 1Azam," katanya kepada Astro Awani.
Menurut Dr Noorul, semua pemandu terlibat sedang diberikan latihan untuk jadi pemandu yang beretika.
Pelancaran 300 buah teksi khas untuk wanita ini adalah tambahan kepada 50 buah yang dilancarkan pada November 2011.
Semasa melancarkannya, mantan Timbalan Menteri Datuk Heng Seai Kei berkata, inisiatif itu mensasarkan sehingga 400 buah teksi yang akan beroperasi secara tempahan telefon di sekitar Lembah Klang secara berperingkat.
Soal keselamatan penumpang teksi wanita jadi tumpuan sejak kebelakangan ini ekoran peningkatan kes jenayah terhadap mereka.
Pada 11 Mac lepas, seorang warga Amerika Syarikat dirogol beramai-ramai dan dirompak di Sungai Pelek, Sepang selepas menaiki sebuah teksi dari Mutiara Damansara untuk pulang ke rumahnya di Damansara Perdana.
Polis kemudian menubuhkan sebuah pasukan bagi menyiasat kes berkenaan dan berjaya menahan sembilan suspek termasuk tiga wanita bagi membantu siasatan. Polis juga percaya kes itu telah berjaya diselesaikan.
Sementara itu, Dr. Noorul berkata, jenayah dan keganasan terhadap wanita tidak mungkin dapat dihentikan hanya dengan menyediakan teksi khas untuk wanita.
“Kita perlu menukar minda lelaki mengenai keganasan. Kesedaran ini bukan sahaja patut dilaungkan pada hari-hari tertentu, tetapi ia seharusnya disebarkan terus-menerus melalui media elektronik, media cetak organisasi bukan kerajaan dan institut pengajian tinggi,” katanya.
Dr. Noorul juga berpendapat pemikiran untuk menghargai serta menghormati wanita dan bukan melihat wanita sebagai golongan yang boleh dimangsai mesti ditanam sejak peringkat awal lagi khususnya di sekolah.
Bagaimana mendapatkan teksi khas wanita?
  • Teksi mempunyai pelekat khas: ‘Teksi Wanita'
  • Operasi dikendalikan oleh tiga syarikat: Destination Transport, Zalnas Sdn Bhd dan Koperasi Pengangkutan Putra­jaya dan Cyberjaya.
  • Hubungi talian 03-80240507, 03-26926000 dan 03-88884020 untuk mendapatkan pemandu wanita.
Topic Berkaitan
#jenayah
#teksi wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan