MELAKA:Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman.
Rahmad berkata Hospital Melaka masih mempunyai kakitangan untuk menggantikan tempat kakitangan yang didapati positif itu.
Menurutnya kesemua 32 kakitangan Hospital Melaka itu dikesan positif COVID-19 di bawah saringan Kluster Bukit Palah dan siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada seorang pesakit dari Jempol, Negeri Sembilan yang dijangkiti wabak berkenaan dan mendapat rawatan di institusi perubatan tersebut.
"Sehingga 12 tengah hari semalam, sebanyak 168 individu yang merupakan kontak rapat yang dijangkiti telah disaring dengan 55 daripadanya masih belum mendapat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Katanya kini Melaka mempunyai 15 kluster dan jumlah positif COVID-19 di negeri itu sehingga semalam ialah sebanyak 3,078 kes dengan 1,299 kes aktif dan lapan kematian direkodkan.
Dalam perkembangan lain, Rahmad berkata dua pelajar tingkatan lima masing-masing daripada sekolah asrama di Bukit Piatu di sini, dan sekolah berasrama penuh di Jasin didapati positif COVID-19.
BACA: COVID-19: Hospital Melaka penuh, pesakit dihantar ke MAEPS
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021

Hospital Melaka masih mempunyai kakitangan untuk menggantikan tempat kakitangan yang didapati positif itu. - Gambar fail

#NoToLanun: Cetak rompak berleluasa kerana industri hiburan tidak dihormati - Afdlin
Datuk Afdlin Shauki berkata, industri hiburan juga sepatutnya dihormati kerana ia juga satu kerjaya profesional.

Negeri Sembilan catat pelaburan diluluskan RM7.9 bilion tahun lepas
Negeri Sembilan merekodkan RM7.9 bilion jumlah pelaburan diluluskan melalui 162 projek bagi kesemua sektor pada tahun lepas berbanding RM6.1 bilion pada 2019.

Zoo Negara kembali ceria! Pengunjung 'lepas rindu'
Setakat ini, hanya 2,500 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Muhyiddin zahir harapan gabungan parti Melayu terus kekal abadi
Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal abadi dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

246 individu ditahan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 106 operasi sanitasi dilakukan meliputi 34 zon merah, 10 zon jingga, 14 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara pada Khamis.

Persamaan kenyataan media BN, PH, kehendak parti atau individu tertentu? - Tun Faisal
Persoalan pastinya berlegar dalam kalangan ahli UMNO, tertanya-tanya adakah kenyataan itu merupakan kehendak individu atau kehendak parti.

Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.

PKPD Kuarters Sri Jelutung, Chini sehingga 19 Mac - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Chini, Pahang bermula 6 sehingga 19 Mac ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Parlimen: Kenyataan media Zahid ada sedikit kekeliruan, Pegawai Media BN digantung tugas
Terdapat sedikit kekeliruan berkaitan kenyataan dikeluarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berhubung persidangan Parlimen .

APMM kesan nelayan warga asing hilangkan diri selepas bot karam
Maritim Malaysia melaksanakan usaha mengesan nelayan asing yang dipercayai telah menghilangkan diri setelah bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Banggi, Kudat pada Khamis.

Tiga lagi kawasan dikenakan PKPD, berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri
Kerajaan melanjutkan PKPD di PPA dan Kuarters Kakitangan Batu Gajah, Kinta, Perak bermula 28 Februari sehingga 13 Mac nanti.

PKPD di PPA dan kuarters kakitangan Batu Gajah, Perak dilanjutkan sehingga 13 Mac
Ismail Sabri menjelaskan kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di lokaliti tersebut dan dijadualkan tamat pada 27 Februari ini.

Anggota polis didakwa subahat dengan isteri buat tuntutan gaji palsu lebih RM263,000
Mohd Iqbal Fakhruddin Roslan, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim S Indra Nehru.

Beri kontrak RM36, 000 kepada ahli keluarga, penjawat awam ditahan SPRM
Lelaki berusia lingkungan 40an tersebut, telah ditahan pukul 12.15 tengah hari semalam di Pejabat SPRM Sabah.

Apa hal ni? Tular kakitangan syarikat kurier baling barang pelanggan
Seorang pekerja dilihat turut membaling barangan pelanggan, selain kedengaran teriakan dipercayai sebagai meluahkan rasa tidak puas hati.

Dua daerah di Sarawak dikenakan PKP, ini tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Berikut adalah tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Ahad.

Kerajaan perkemas sistem kehadiran penjawat awam
Kerajaan akan memperkemaskan sistem pemeriksaan kehadiran penjawat awam di pejabat kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berterusan berikutan pelaksanaan PKP.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19
Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu ialah empat orang.

Komen babitkan misi asing yang kini tular adalah tidak benar - Jurucakap
Kedutaan Jerman dan Suruhanjaya Tinggi Britain dalam kenyataan balas secara berasingan kepada Bernama, berkata tiada kakitangan dengan nama yang kini tular, bekerja dengan misi itu.