Kultus dari Korea Selatan berada dalam pemantauan agensi keselamatan negara - KDN

Saifuddin berkata, gerakan berkenaan masih belum berada pada tahap mengancam keselamatan negara ketika ini. - Gambar fail
KULIM: Sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan gerakan kultus dari Korea Selatan sememangnya berada di dalam radar pemantauan agensi-agensi keselamatan negara.
Ringkasan AI
- Gerakan kultus dari Korea Selatan dalam radar pemantauan agensi keselamatan negara.
- Menteri Dalam Negeri menerima taklimat daripada PDRM mengenai latar belakang, kegiatan, dan tokoh tempatan gerakan tersebut.
- Meskipun dalam radar keselamatan, gerakan tersebut masih belum dianggap mengancam; pemantauan berterusan dilakukan bagi kesan perkembangan.
Tambah beliau, pemantauan berterusan akan dilaksanakan pihak polis bagi memastikan sebarang perkembangan baharu dapat dikesan dengan lebih awal.
"Jadi sememangnya ia berada dalam radar pasukan keselamatan kita, jadi apakah bentuk kegiatannya sampai bersangkut tahap untuk kita kata mengancam keselamatan negara? Ia belum sampai tahap itu lagi.
"Sebab itu pemantauan berterusan dibuat oleh pihak polis, sebab kegiatannya hadir dalam bentuk umum yang sekilas pandang kita tidak nampak sebarang bentuk yang boleh kita anggap sebagai satu ancaman.
"Jadi barangkali kerana penampilan begitu, maka (ada) penglibatan beberapa tokoh politik negara juga. Jadi cukup buat masa ini, kenyataan yang disebut Dr Maza itu, sememangnya organisasi tersebut di dalam pemakluman pihak keselamatan kita," katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Kembali ke Sekolah Siri 1 di Dewan Kulim Hi-Tech Park pada Sabtu.
Media sebelum ini melaporkan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa wujud gerakan kultus menyimpang dari Korea Selatan yang aktif di negara ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


