awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anutin tegas teruskan serangan ketenteraan terhadap Kemboja

Agensi
Agensi
13/12/2025
06:10 MYT
Anutin tegas teruskan serangan ketenteraan terhadap Kemboja
Anutin Charnvirakul berikrar pada Sabtu untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Kemboja. - Gambar/ Reuters
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, berikrar pada Sabtu untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Kemboja, meskipun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini mendakwa telah mendapatkan persetujuan gencatan senjata antara kedua-dua negara.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, berikrar meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Kemboja, walaupun adanya dakwaan gencatan senjata antara kedua-dua negara oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini.
  • Letupan periuk api yang menimpa anggota tentera Thailand ditegaskan bukanlah satu kemalangan, menyebabkan konflik di sempadan kedua-dua negara menjadi paling sengit sejak pertembungan lima hari pada bulan Julai.
  • Meskipun perjanjian untuk menarik balik tentera dan senjata berat serta membebaskan tahanan perang Kemboja telah dibuat antara Thailand dan Kemboja sebelum ini, Thailand menggantung perjanjian tersebut selepas tentera mereka mengalami insiden yang dituduh sebagai jerangkap baharu oleh Kemboja, walaupun Phnom Penh menafikan tuduhan tersebut.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Anutin turut menegaskan bahawa letupan periuk api yang meragut nyawa beberapa anggota tentera Thailand bukan satu kemalangan.
Sejak Isnin, kedua-dua negara saling melepaskan roket dan meriam di beberapa lokasi sepanjang sempadan yang dipertikaikan sejauh 817 kilometer, sekali gus menjadi konflik paling sengit sejak pertembungan lima hari pada Julai lalu, yang dihentikan selepas Trump menghubungi kedua-dua pemimpin.
Trump sebelum ini berusaha menghidupkan semula gencatan senjata yang diperluas pada Oktober, ketika beliau bertemu Perdana Menteri Thailand dan Kemboja di Malaysia.
Ketika itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik balik tentera dan senjata berat serta membebaskan 18 tahanan perang Kemboja.
Namun, Thailand menggantung perjanjian itu bulan lalu selepas seorang tenteranya parah dalam insiden yang didakwa Bangkok sebagai jerangkap baharu dipasang oleh Kemboja. Phnom Penh bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Topic Berkaitan
#Anutin Charnvirakul
#Donald Trump
#gencatan senjata
#konflik Thailand-Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan