awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

342,000 akaun pengguna akan terjejas, gangguan bekalan di Lembah Kelang

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2018
09:47 MYT
342,000 akaun pengguna akan terjejas, gangguan bekalan di Lembah Kelang
342,000 akaun pengguna akan terjejas dengan penutupan penuh LRA Sungai Semenyih pada 9 Oktober 2018 selama 12 jam-gambar fail
KUALA LUMPUR:Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) meminta penduduk menyimpan air secukupnya pada 9 Oktober susulan penutupan penuh operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih untuk tempoh 12 jam.
Penutupan akan menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dan secara keseluruhannya melibatkan 342,000 akaun pengguna.
Syabas dalam kenyataannya memberitahu, henti tugas itu terpaksa dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja penggantian perkakasan di loji terlibat.
Tempoh pemulihan bekalan air selepas pengoperasian semula kepada pengguna akan berbeza-beza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada geografi.
Syabas bagaimanapun akan membuka tujuh Pusat Khidmat Setempat yang akan beroperasi 24 jam bermula 9.00 pagi Selasa.
Antara lokasi PKS adalah Taman Rekreasi Wawasan, Persiaran Wawasan Puchong, Pusat Perdagangan Seri Kembangan dan Rumah Pam Taman Equine bagi daerah Petaling.
Bagi Hulu Langat pula berhampiran Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Dua PKS akan beroperasi di Sepang iaitu bertempat di Masjid Taman Putra Perdana, Puching dan Putrajaya Sentral, Persint 7, Putrajaya.
Sementara bagi daerah Kuala Langat, PKS akan beroperasi di Jalan Palas 10, Taman Dato' Hormat, Telok Panglima Garang.
Maklumat terkini boleh didapati di www.syabas.com.my, Facebook dan Twitter Air Selangor atau aplikasi telefon pintar Air Selangor.
Untuk bantuan bekalan air kecemasan, pengguna boleh SMS Tanker(Nama)(Alamat) ke 15300 atau WhatApp ke 019-261 6793 atau 019-281 6793.
Para pelanggan yang dihormati sekalian, berikut adalah pangumuman kerja-kerja penggantian peralatan kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih. Anda dinasihatkan untuk menyimpan air yang secukupnya sebelum 9 October 2018. #AirSelangorhttps://t.co/LGIK8Wih8N
— Air Selangor (@air_selangor) October 1, 2018
Topic Berkaitan
#SYABAS
#Air Selangor
#bekalan air
#LRA Semenyih
#putus bekalan air
#Semenyih
#Kuala Langat
#Sepang
#Petaling
#air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan