awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

34,216 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di Pahang

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2013
23:18 MYT
34,216 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di Pahang
Foto fail BERNAMA
Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 2 pagi tadi, semua mangsa adalah dari lapan daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan yang terbaru adalah Bera.
Dan Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,651 orang yang ditempatkan di 50 pusat pemindahan.
Di Rompin, seramai 2,757 mangsa banjir di 11 pusat pemindahan, Pekan 3,122 mangsa di 20 pusat pemindahan, Maran, 44 mangsa di 2 pusat pemindahan, Jerantut 431 mangsa di 9 pusat, Lipis pula 33 mangsa di 2 pusat, Temerloh dengan 137 mangsa di 5 pusat pemindahan dan Bera dengan 41 mangsa di 5 pusat.
Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.
Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan masih berterusan.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kuantan
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan