awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
Pihak berkuasa Singapura tahan lelaki dakwa ambil dadah bersama bekas peguam, M Ravi sebelum meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,468 rakyat Malaysia masih terkandas di 61 negara

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/03/2020
04:16 MYT
3,468 rakyat Malaysia masih terkandas di 61 negara
Wisma Putra, kata Kamarudin, akan berusaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara. - Gambar fail
Kira-kira 3,468 rakyat Malaysia dilaporkan masih terkandas di 61 buah negara setakat Jumaat ini.
Menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, jumlah itu dilihat semakin tinggi dengan peningkatan ketara rakyat Malaysia yang mendaftarkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Chennai.
Wisma Putra, kata beliau, sedang berusaha untuk menyelesaikan keadaan ini dan sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membawa mereka pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
"Saya ingin jelaskan, usaha memudahcara kepulangan ini bukan mudah. Terdapat beberapa cabaran dan halangan yang perlu kita tempuhi memandangkan banyak negara telah mengisytiharkan ‘lockdown’ ekoran penularan wabak COVID-19.
"Ekoran itu kerajaan Malaysia perlu berunding dengan kerajaan negara-negara terlibat bagi mendapatkan kelulusan pendaratan penerbangan," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Jumaat.
Selain itu kata, Kamarudin memberitahu, kerajaan juga berdepan dengan masalah untuk membawa mereka pulang memandang pesawat komersial tidak dibenarkan untuk membuat penerbangan keluar masuk ke beberapa buah negara.
Dalam situasi ini, ujarnya, Malaysia perlu memohon kebenaran mendarat untuk pesawat sewa khas.
"Ingin saya jelaskan bahawasanya terkandas dalam konteks ini merujuk kepada rakyat Malaysia yang kebetulan berada di luar negara atas urusan kerja, urusan keluarga dan bercuti.
"Mereka mempunyai tiket untuk pulang ke Malaysia tetapi tidak dapat pulang kerana halangan perjalanan atau syarikat penerbangan membatalkan penerbangan mereka disebabkan pandemik COVID-19," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#COVID19
#kerajaan
#koronavirus
#pesawat
#Putrajaya
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan