NATIONAL
35,551 kes kemalangan direkodkan di LPT1 setakat Disember 2024

Tiada lokasi blackspot di LPT1, tetapi terdapat lokasi yang sering berlaku kemalangan. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Sebanyak 35,551 kes kemalangan direkodkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sejak 2004 hingga Disember tahun lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang diberitahu hari ini.
Ringkasan AI
- 35,551 kes kemalangan direkodkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sejak 2004 hingga Disember tahun lepas, dengan 730 kematian.
- Tiada lokasi blackspot di LPT1, tetapi terdapat lokasi yang sering berlaku kemalangan, seperti di KM 238.7 dan KM 87 arah barat.
- Langkah penambahbaikan telah diambil oleh Syarikat AFA PRIME Berhad untuk mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Wong Tat Chee (ADUN Lantikan) berhubung jumlah kemalangan dan angka kematian yang telah direkodkan sejak pembukaan LPT1 di sepanjang laluan dalam negeri Pahang serta hotspot yang paling kerap berlaku kemalangan.
"Keberkesanan tindakan mitigasi yang dilaksanakan akan dipantau untuk memastikan kadar kemalangan dapat dikurangkan," katanya.
Dalam pada itu, Razali berkata Syarikat AFA PRIME Berhad, syarikat bertanggungjawab dalam pengoperasian dan penyenggaraan LPT1, akan sentiasa memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya.
Beliau berkata antara langkah yang telah dan akan dilaksanakan oleh AFA PRIME Ialah Audit Keselamatan Jalan Raya, Kempen Keselamatan dan sesi advokasi bersama pengguna serta memastikan informasi dan hebahan awam dibuat dengan cepat dan jelas kepada pengguna.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami