awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

35 juta rakyat Argentina mengundi Presiden baharu pada Ahad

Bernama
Bernama
23/10/2023
03:55 MYT
35 juta rakyat Argentina mengundi Presiden baharu pada Ahad
Jika tiada calon presiden memperoleh sekurang-kurangnya 45 peratus undi, pilihan raya penentu akan diadakan pada 19 November. - Foto Reuters
BOGOTA: Lebih 35 juta rakyat Argentina melaksanakan tanggungjawab memilih presiden baharu negara itu pada Ahad.
Javier Milei, Sergio Massa, Patricia Bullrich, Myriam Bregman dan Juan Schiaretti bersaing merebut jawatan presiden, lapor Agensi Anadolu.
Ahli ekonomi berhaluan kanan Meilei berjanji untuk menggantikan matawang peso Argentina kepada dolar Amerika, memansuhkan bank pusat negara itu serta mengurangkan perbelanjaan negara secara mendadak.
Argentina menderita di bawah kadar inflasi sebanyak 138 peratus dan nilai mata wang yang merudum menyebabkan 40 peratus rakyatnya hidup di bawah garis kemiskinan.
Calon gabungan "Together for Change" yang juga bekas menteri keselamatan Patricia Bullrich pula mencadangkan untuk mengurangkan perbelanjaan bagi menangani inflasi dan menurunkan cukai ke atas eksport pertanian.
Sementara itu, Sergio Massa iaitu menteri ekonomi telah dikritik oleh golongan konservatif kerana didakwa tidak melakukan tindakan sewajarnya untuk mengurangkan defisit fiskal.
Jika tiada calon presiden memperoleh sekurang-kurangnya 45 peratus undi, pilihan raya penentu akan diadakan pada 19 November.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Argentina
#pilihan raya
#pilih Presiden
#mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan