JOHOR BAHRU: Sejumlah 35 mangsa kes penipuan penyamaran dalam talian atau 'phone scam' dan penipuan pelaburan tidak wujud melibatkan kerugian lebih RM2.2 juta dilaporkan dalam tempoh enam hari di Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sebanyak 22 kertas siasatan dibuka bagi 'phone scam' dengan kerugian keseluruhan bernilai RM1.438 juta.
Beliau berkata 13 kertas siasatan pula dibuka bagi kes pelaburan tidak wujud melibatkan mangsa berusia dalam lingkungan 35 hingga 80 tahun dengan kerugian sebanyak RM808,564 dalam tempoh sama.
Katanya, dua daripada kes berkenaan mencatatkan kerugian melebihi RM200,000 melalui tawaran pelaburan menerusi laman Facebook.
"Kebanyakan mangsa 'phone scam' berusia antara 40 hingga 60 tahun daripada pelbagai kategori pekerjaan mengalami kerugian antara RM2,000 hingga RM284,831," katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.
Beliau berkata tiga daripada 22 kes 'phone scam' mencatatkan kerugian melebihi RM200,000 menerusi penyamaran sebagai anggota polis dan pegawai bank.
"Kes penyamaran dalam talian ini kebiasaannya menyamar sebagai pihak penguatkuasa termasuk PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta beberapa agensi lain termasuk syarikat penghantar.
"Sindiket ini akan menghubungi mangsa dan menyatakan mangsa terlibat dengan kegiatan menyalahi undang-undang dan akaun bank mereka akan dibekukan, seterusnya ditangkap.
"Panggilan ini akan disambung ke agensi berlainan dan menawarkan penyelesaian kes dengan mangsa perlu membuat sejumlah bayaran atau memindahkan wang ke dalam akaun atas alasan untuk siasatan dan wang akan dikembalikan.
"Seterusnya, mangsa yang panik dan takut akan ikut arahan dan sedar ditipu selepas suspek gagal dihubungi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sebanyak 22 kertas siasatan dibuka bagi 'phone scam' dengan kerugian keseluruhan bernilai RM1.438 juta. - Gambar fail/BERNAMA
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam'
Seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas.
Kerani akaun rugi lebih RM400,000 terpedaya 'phone scam'
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu semalam daripada mangsa, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun.
Pesara guru rugi lebih RM200,000 akibat sindiket penipuan telefon
Wang sebanyak RM201,900 merupakan hasil pampasan persaraan serta simpanan milik mangsa seorang pesara guru wanita berusia 65 tahun.
Pesara guru rugi RM138,800 akibat 'phone scam'
Seorang pesara guru mengalami kerugian RM138,800 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon pada 27 Ogos lepas.
Pesara bank rugi RM1.44 juta akibat terperdaya 'phone scam'
Mangsa diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'pegawai MCMC'.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
Suri rumah warga emas rugi lebih RM1.37 juta, terperdaya 'phone scam'
Seorang suri rumah warga emas rugi lebih RM1.37 juta akibat terpedaya dengan panggilan penipuan (phone scam) menawarkan skim pelaburan yang kononnya dianjurkan oleh institusi perbankan tertentu.
Warga emas rugi RM178,700 akibat terperdaya 'phone scam'
Mangsa telah diarahkan untuk membuat pindahan ke dalam lima akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM178,700.
Syarikat kurier tidak buat panggilan kepada pelanggan minta pindahan wang - Polis
Syarikat kurier tidak akan membuat panggilan kepada pelanggan bagi meminta pindahan wang dilakukan untuk mendapatkan barangan mereka yang sedang dalam pemeriksaan.