Sebanyak 36.9 peratus murid di seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti elektronik.
Demikian jelas Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, selepas kementeriannya menjalankan satu kaji selidik berhubung Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) secara atas talian.
Daripada dapatan itu, hanya enam peratus murid mempunyai komputer peribadi, tablet (5.67 peratus), komputer riba (sembilan peratus) dan telefon pintar (46 peratus).
"Akses atas talian ini ada kekangan masing-masing, kita di Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengadakan kaji selidik melibatkan 670,000 ibu bapa dengan jumlah 900,000 murid.
"Daripada kaji selidik, kita dapati bahawa pemilikian hardware atau peranti eletronik untuk membolehkan pengajaran dan pembelajaran (PnP) dilaksanakan di rumah agak terhad.
"Sebanyak 36.9 peratus daripada keseluruhan murid tidak mempunyai sebarang peranti. Tapi kalau kita campur semua peratusan (yang memiliki peranti) kita akan dapati lebih 50 peratus daripada pelajar ada lebih daripada satu peranti," katanya.
Radzi berkata, meskipun berdepan cabaran, pihaknya sedang meneliti kaedah terbaik dalam menghadapi kekangan itu.
Selain peranti, kelajuan internet juga merupakan antara isu utama yang dihadapi pelajar ketika proses PnP di rumah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan guru-guru agar mengambil kira kekangan dihadapi pelajar di rumah dan menetapkan kaedah terbaik yang lebih sesuai untuk diguna pakai dalam memastikan proses pembelajaran diteruskan.
Dalam sidang media yang sama, Radzi menegaskan bahawa pihaknya kini sedang berusaha menambah baik TV Pendidikan bagi membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Fareez Azman
Wed Apr 15 2020

Dr Radzi menjelaskan 36.9 peratus pelajar tidak mempunyai sebarang peranti elektronik di rumah. Gambar/ Astro AWANI.

PRU15: Aminuddin hanya mahu bertanding satu kerusi, serah keputusan kepada parti
Pengerusi PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyuarakan pendiriannya, untuk bertanding satu kerusi sahaja pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Indonesia lancar operasi jejaki kapal selam hilang dengan 53 anggota
Angkatan tentera laut Indonesia melancarkan operasi mencari sebuah kapal selam dengan 53 anggotanya yang dilaporkan hilang pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: 11 kluster baharu dikesan, 4 melibatkan kluster pendidikan
Sebanyak 11 kluster baharu telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada hari ini.

Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.

COVID-19: Kes aktif melebihi 20,000, ini 5 perkara penting kenyataan media KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

Belanja mewah di Hawaii dan Itali, Najib ada pengetahuan penuh baki dalam akaunnya - Sithambaram
Sithambaram berhujah, Najib sentiasa tahu berapa baki dalam akaunnya, menyebabkan bekas PM itu berani mengeluarkan cek bernilai jutaan ringgit

Ceroboh Tanah Pusaka | Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.

Zakat Fitrah | Kaunter zakat fitrah pandu lalu
Bagi memudahkan orang ramai menguruskan pembayaran zakat fitrah beberapa amil zakat di Sandakan mengambil inisiatif mewujudkan kauter zakat fitrah pandu lalu. Bukan sahaja memudahkan namun ia selari dengan peraturan pematuhan SOP ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan PKP.

COVID-19 | Tujuh kluster baharu sekolah di Kelantan
Jabatan Kesihatan Kelantan mengesan tujuh kluster baru membabitkan sekolah sekolah bawah kementerian pendidikan dan Yayasan Islam Kelantan, YIK di seluruh Kelantan. Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata dari data dua minggu sehingga 16 April lepas, 30 peratus kes aktif di kelantan membabitkan warga sekolah.

Kegunaan internet isi rumah meningkat 91.7 peratus pada tahun 2020 - Ketua Perangkawan
Penggunaan internet isi rumah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 91.7 peratus pada tahun 2020 berbanding 90.1 peratus pada tahun 2019 susulan impak pandemik COVID-19.

Cabaran pendidikan atas talian: Realiti atau fantasi?
Adakah cabaran pendidikan atas talian satu realiti atau fantasi?

'PdPR satu-satunya pilihan yang ada'
Pengajaran dan pembelajaran di rumah atau istilahnya PdPR, merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat guru, murid dan ibu bapa.

PKP 2.0: Bagaimana peniaga teruskan perniagaan?
PKP membolehkan usahawan tampil dengan cara kreatif termasuk mengubah cara konvensional demi kelangsungan perniagaan.

Video misteri: Blackpink bakal anjur konsert di Kuala Lumpur?
Adakah Blink bersedia untuk 'Blackpink In Your Area' di Kuala Lumpur?

Ambil Iktibar PRN Sabah, berkempen atas talian jalan terbaik - Bekas Pengerusi SPR
Pengalaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 yang lalu perlu diambil iktibar oleh semua pihak terutamanya ahli politik di negara ini.

Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan.

Proton lancar Edisi Ulang Tahun, harga RM39,300
Selepas 35 tahun, Proton sekali lagi mencipta sejarah dengan melancarkan Proton Saga edisi Ulang Tahun secara dalam talian.

KLWBC 2020: Raikan pesta buku atas talian terbesar di Malaysia
Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu.

Ebby Yus "jockey live" jualan vintaj Suara Anak Cokit
Facebook Suara Anak Cokit menggerakkan komuniti peniaga kecil Melayu meneroka potensi bisnes atas talian.