awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

38,950 kecederaan pekerjaan direkodkan tahun 2023 - Steven Sim

Pia Ernadya
Pia Ernadya
12/11/2024
14:12 MYT
38,950 kecederaan pekerjaan direkodkan tahun 2023 - Steven Sim
Steven Sim sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2023 pada Selasa, di ibu negara. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Sejumlah 38,950 kes kecederaan pekerjaan telah direkodkan di seluruh Malaysia, dengan 324 daripadanya adalah kes maut, menurut Statistik Kecederaan dan Penyakit Pekerjaan Negara 2023.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, ini menjadikan kadar kecederaan pekerjaan di Malaysia pada tahun 2023 ialah 2.46 bagi setiap 1,000 pekerja, berbanding sasaran 2.32.
“Manakala, kadar kecederaan maut pekerjaan pula adalah 2.05 setiap 100,000 pekerja pada tahun 2023, berbanding sasaran 3.23 yang ditetapkan dalam Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2021-2025 (OSHMP25).
“Walaupun kadar kecederaan pekerjaan yang direkodkan pada tahun 2023 ini melebihi sasaran, namun berbanding tempoh sedekad yang lalu, kadar kecederaan pekerjaan telah menunjukkan penurunan sebanyak 24 peratus berbanding 3.28 setiap 1,000 pekerja pada tahun 2013, manakala kadar kecederaan maut pekerjaan 2023 berkurang sebanyak 56 peratus berbanding 4.62 setiap 100,000 pekerja pada tahun 2013,” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan perasmian Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2023 pada Selasa, di ibu negara.
Mengulas lanjut, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menerima 11,747 pelaporan kes penyakit dan keracunan pekerjaan pada 2023, iaitu peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding 2020.
“Selain itu, berdasarkan siasatan yang dijalankan, sebanyak 8,155 kes disahkan sebagai penyakit pekerjaan pada tahun 2023,” ujarnya.
Statistik itu dijana berdasarkan analisis komprehensif daripada data kemalangan dan penyakit pekerjaan di sektor awam dan swasta melalui empat agensi sumber iaitu JKKP, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), data Skim Ex-Gratia Bencana Kerja daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Topic Berkaitan
#kecederaan pekerjaan
#Malaysia
#sumber manusia
#Steven Sim
#kes maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan