awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

39,002 kes denggi dilaporkan sehingga 25 April - CPRC

Bernama
Bernama
29/04/2020
04:45 MYT
39,002 kes denggi dilaporkan sehingga 25 April - CPRC
Sejumlah 39,002 kes denggi dilaporkan dari 29 Disember 2019 hingga 25 April tahun ini, lapor Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan. - Gambar hiasan
Sejumlah 39,002 kes denggi dilaporkan dari 29 Disember 2019 hingga 25 April tahun ini, menurut Laporan Situasi Semasa Denggi, Chikungunya dan Zika di Malaysia 2019 dan 2020.
Perangkaan yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan penurunan sebanyak 4,063 kes (9.4 peratus) denggi daripada 43,065 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Laporan itu juga menyatakan hanya satu kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu ke-17 (19 hingga 25 April) 2020 dengan jumlah kumulatif 64 kematian berbanding 67 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.
"Sepanjang minggu ke-17 tahun ini, sejumlah 1,301 kes denggi dilaporkan , meningkat 11 peratus berbanding minggu sebelumnya," kata laporan itu yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya hari ini.
Sehingga minggu ke-17 tahun ini, Selangor merekodkan kes denggi tertinggi dengan 23,402 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (3,243 kes) dan Johor (3,242 kes).
Menurut laporan CPRC itu juga, 13 kes chikungunya dicatatkan sementara tiada kes positif zika dilaporkan dari 29 Disember 2019 hingga 25 April tahun ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan berbangga kerana dapat menyertai Gabungan Kajian Klinikal dalam mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada manusia.
"Kami berdepan dengan ancaman global COVID-19 yang amat mencabar dan kehidupan kita semua akan terjejas," katanya sebagaimana dipetik Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) di laman Facebook hari ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#chikungunya
#COVID19
#denggi
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan
#Zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan