KUCHING: Seramai 39 Ahli Parlimen di negara ini telah melompat parti sejak 2018 sehingga kini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Katanya tindakan melompat parti juga telah membawa kepada ketidakstabilan politik negara malah negara telah menyaksikan pertukaran tiga orang Perdana Menteri dalam satu penggal parlimen.
"Ini tidak mendatangkan kestabilan politik di negara kita, apabila politik tidak stabil maka ekonomi juga sukar dijaga dan semasa kita berhadapan dengan COVID-19 ini (ketidakstabilan) jadi masalah besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Projek Benteng Muara Tebas di Dewan Kampung Muara Tebas, di sini, hari ini.
Oleh sebab itu Wan Junaidi menjelaskan kerajaan telah merangka Rang Undang-Undang Antilompat Parti 2022 yang mengambil masa selama lima bulan.
"Pada peringkat ini ada tidak bersetuju dan ada yang bersetuju (dengan RUU terbabit) tapi jika Jemaah Menteri bersetuju pada 6 (April) nanti, satu persidangan khas telah ditetapkan pada 11 April (ini) bagi kita bahaskan RUU itu," katanya.
Pada 24 Mac lalu, Wan Junaidi memaklumkan keputusan Perdana Menteri supaya satu Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang itu dan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri, akan diadakan pada 11 April ini.
Namun, ia tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan pada 6 April ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Wan Junaidi menjelaskan kerajaan telah merangka Rang Undang-Undang Antilompat Parti 2022 yang mengambil masa selama lima bulan. - Bernama
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.
'Siapa berani lompat, silakan' - Sanusi
Muhammad Sanusi mencabar mana-mana wakil rakyat pembangkang yang berhasrat untuk beralih arah dan berada sebaris dengan kepimpinan blok kerajaan.
'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Dr Akmal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.
Semua ADUN BN tidak akan 'lompat' - Wan Rosdy
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua ADUN BN kepadanya semalam.
Warisan kekal utuh, tiada wakil rakyat keluar parti - Shafie
Kata Shafie, dakwaan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu mengenai perkara itu sebagai berniat jahat dan cuba untuk menjatuhkan Warisan.
Masidi nafi 15 ADUN Bersatu Sabah sertai USNO
Masidi berkata penyebaran berita palsu tersebut adalah satu tindakan tidak bijak dan matang dalam usaha memecahbelahkan kerjasama GRS dan Barisan Nasional (BN).
Shafie Apdal dakwa kejatuhan kerajaan Warisan di Sabah berpunca daripada tawar-menawar
Katanya, budaya tawar-menawar membawa kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri melompat parti.
PRU15: MIC nafi tawar RM10 juta kepada Prabakaran
MIC membuat satu laporan polis berhubung kenyataan dibuat penyandang Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran yang mendakwa ditawarkan RM10 juta untuk melompat parti.
Enggan adakan sidang DUN tergempar, buka peluang wakil rakyat lompat parti - ADUN Perak
Keengganan Menteri Besar Perak mengadakan sidang DUN tergempar, didakwa memperlihatkan cubaan BN membuka ruang untuk wakil rakyat lompat parti.
DAP lulus pindaan perlembagaan halang wakil rakyat lompat parti
Kongres Khas DAP 2022 hari ini meluluskan pindaan perlembagaan yang melarang wakil rakyatnya melompat parti seiring pelulusan Rang Undang-Undang Antilompat Parti oleh Parlimen.