Sebanyak 4,000 murid mendaftar ke Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2018 di kesemua 14 buah sekolah rendah di seluruh Putrajaya, kata Pengarah PendidikanPutrajaya, Roaini Jaafar.
Beliau berkata jumlah berkenaan merupakan peningkatan 1,000 murid berbanding murid Tahun Satu yang mendaftar pada sesi persekolahan 2017 iaitu 3,000 orang.
"Ini merupakan jumlah pendaftaran murid Tahun Satu tertinggi yang dicatatkan di Putrajaya setakat ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau hari orientasi murid Tahun Satu dan pendaftaran prasekolah bagi sesi persekolahan 2018 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2) di sini hari ini.
Jelasnya, jumlah pendaftaran murid Tahun Satu yang tertinggi di Putrajaya bagi sesi persekolahan 2018 ialah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) iaitu 400 orang sehingga sekolah berkenaan terpaksa membuka 11 buah kelas.
Apa cara terbaik untuk jadikan sekolah lebih seronok?
Tambah Roaini, peningkatan ketara pendaftaran pelajar Tahun Satu di Putrajaya kali ini adalah ekoran pertambahan penduduk dengan projek perumahan baharu termasuk Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.
Setakat ini, sekolah-sekolah di Putrajaya masih mampu menampung pertambahan murid khususnya yang masuk ke Tahun Satu, katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2017
Peningkatan ketara pendaftaran pelajar Tahun Satu di Putrajaya kali ini adalah ekoran pertambahan penduduk dengan projek perumahan baharu termasuk Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. - Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun Satu sesi 2024/2025 mulai 2 Mei hingga 30 Jun
Kanak-kanak yang layak memohon adalah warga Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Guru kongsi kisah murid tahun satu bantu rakan berkeperluan khas
Sylvester Ronny Pulene berbangga melihat murid dalam usia semuda itu sedia membantu rakan sekelas mereka biarpun tidak disuruh.
Permohonan sekolah kanak-kanak warga asing sedang diteliti - JPNT
Beliau berkata keputusan berhubung permohonan itu dijangka pada minggu depan.
4,000 murid mendaftar Tahun Satu di Putrajaya
Beliau berkata jumlah berkenaan merupakan peningkatan 1,000 murid berbanding murid Tahun Satu yang mendaftar pada sesi persekolahan 2017 iaitu 3,000 orang.
891,685 murid Tahun Satu, Tingkatan Satu mula sesi persekolahan seluruh negara
Seramai 891,685 murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan tahun ini di seluruh negara.
Murid ditemui dengan kesan lebam dipercayai didera ibu bapa
Setelah polis memasuki rumah berkenaan yang berkunci, murid itu ditemui dalam keadaan kurus, lemah dan tidak bermaya di dalam sebuah bilik yang juga berkunci.