PUTRAJAYA: Kira-kira 4,000 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) termasuk pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 dan pelajar yang berkeperluan Internet, akan kembali ke kampus universiti bagi fasa pertama sesi 2021/2022 bermula 15 Oktober ini.
Naib Canselor UPM Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata hanya golongan pelajar berkeperluan, termasuk yang menjalani latihan klinikal, latihan mengajar, latihan industri yang memerlukan penginapan dalam kampus, serta pelajar yang perlu menjalankan penyelidikan di makmal sahaja yang dibenarkan kembali ke kampus bermula 15 hingga 17 Okt ini.
Beliau berkata UPM akan melaksanakan tindakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi memastikan keselamatan warga kampus kembali ke Pusat Tanggunggjawab (PTJ) masing-masing dan kemasukan semula pelajar ke kampus bagi sesi 2021/2022, ekoran pandemik COVID-19 yang belum reda.
Katanya kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus secara berfasa dilaksanakan sepertimana yang diluluskan, dan mengambil kira semua pematuhan peraturan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau berkata entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) kini giat membuat persediaan bagi menerima kemasukan pelajar ke kampus, antaranya penyelarasan data pelajar yang dibenarkan kembali ke kampus selepas melengkapkan dua dos vaksin, pergerakan pelajar dan persediaan kolej kediaman.
"Sehingga kini 88.5 peratus staf akademik dan bukan akademik telah menerima vaksin. Proses vaksinasi staf dan pelajar giat dijalankan di Hospital Pengajar (HPUPM) yang turut memanjangkan perkhidmatan itu kepada orang awam," katanya.
Dr Mohd Roslan berkata sesi pembelajaran akan dilaksanakan mengikut tiga fasa, memandangkan para pelajar akan kembali ke kampus secara berperingkat.
Katanya fasa pertama membabitkan kemasukan bagi kumpulan pelajar yang berkeperluan melibatkan latihan klinikal, latihan mengajar, latihan industri yang memerlukan penginapan dalam kampus, pelajar yang perlu menjalankan penyelidikan di makmal, pelajar B40 dan yang memerlukan kemudahan internet serta persekitaran yang kondusif bermula 15 hingga 17 Okt.
Beliau berkata kemasukan fasa kedua adalah bagi kumpulan pelajar yang perlu menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) di makmal (kuliah akan dijalankan secara dalam talian-PdP secara hibrid) bermula 3 hingga 7 Nov, dan fasa ketiga membabitkan kemasukan sepenuhnya pelajar ke kampus kecuali yang belum lengkap dua dos vaksin.
Beliau berkata PdP bagi fasa ketiga akan dilaksanakan secara bersemuka dan hibrid tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat bermula 10 hingga 12 Dis.
Dr Mohd Roslan berkata pencapaian pelajar secara keseluruhannya tidak terjejas dengan pelaksanaan kaedah penyampaian secara dalam talian sepanjang pandemik COVOD-19, malah analisis pencapaian pelajar menunjukkan peningkatan pencapaian semasa pembelajaran secara dalam talian pada Semester Kedua 2019/2020 dan Semester Pertama 2020/2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Kira-kira 4,000 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) akan kembali ke kampus universiti bagi fasa pertama sesi 2021/2022 bermula 15 Oktober ini. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
UPM bakal tubuh Fakulti Veterinar dan Penternakan di Bintulu
Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM bertitah, penubuhan fakulti itu bagi mengukuhkan agenda pertanian dan keterjaminan makanan.
Pelajar UPM, Norazimah satu-satunya wanita diiktiraf pegawai kadet darat terbaik Palapes
Norazimah bersyukur menerima penganugerahan itu walaupun ditauliahkan setahun lebih lewat dari tarikh sepatutnya susulan pandemik COVID-19.
Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan bantu B40 jana pendapatan melalui aktiviti pertanian
PKPK 2023 bertujuan membantu komuniti kategori B40 untuk menjana pendapatan melalui aktiviti pertanian.
Dua pelajar asing teruja sambut raya di Malaysia
Usama dan Muazu Dantala tetap teruja menyambut Aidilfitri di Malaysia walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga.
PKP tidak halang pasangan polis genggam ijazah sarjana
Mohd Hafiz Hafizul dan Siti Narika diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) hari ini.
Status atlet tidak halang An Najwa genggam ijazah
"Walaupun banyak perkara terpaksa dikorbankan, tetapi pada akhirnya ia berbaloi!"
UPM raih 9 pingat emas menerusi penghasilan inovasi di PECIPTA 2022
UPM berjaya mengekalkan sekali lagi kecemerlangannya dengan merekodkan kemenangan yang membanggakan.
UPM juara keseluruhan SUKIPT 2022
Kejayaan meraih 38 pingat emas, 19 perak, 20 gangsa membolehkan UPM ulangi pencapaian bergelar juara edisi SUKIPT 2018.
UPM kini nombor 123 Universiti Terbaik Dunia, lonjak 20 anak tangga
Kedudukan cemerlang ini sekali gus merekodkan pencapaian terbaik UPM dalam sejarah penarafan antarabangsa.
Dua subjek UPM dalam ranking pertama di Malaysia
Universiti Putra Malaysia (UPM) berada dalam ranking pertama di Malaysia bagi dua subjek dalam QS World University Rankings (QSWUR) by Subjects 2022.