awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja tahan 75 suspek penipuan dalam talian semasa serbuan terbaharu
Turkiye bawa pulang 17 buruan, termasuk 12 individu dalam notis merah Interpol
JKR siap naik taraf sistem CCTV SPRM bernilai RM6.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki Pakistan disyaki cabul kanak-kanak OKU ditahan polis

Bernama
Bernama
29/08/2025
10:00 MYT
Dua lelaki Pakistan disyaki cabul kanak-kanak OKU ditahan polis
Polis menahan dua lelaki warga Pakistan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) di perhentian bas Taman Tuanku Jaafar, 24 Ogos lepas. - Foto hiasan
SEREMBAN: Polis menahan dua lelaki warga Pakistan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) di perhentian bas Taman Tuanku Jaafar, di sini 24 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an yang ditahan semalam kini direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua warga asing itu mengenali mangsa yang berumur 11 tahun melalui aplikasi TikTok dan seorang daripadanya telah mengaku melakukan perbuatan berkenaan.
"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memastikan kanak-kanak berada dalam pengawasan ahli keluarga atau penjaga yang dipercayai dan sentiasa memantau pergerakan serta aktiviti anak-anak, khususnya penggunaan media sosial," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Hatta berkata orang ramai turut dinasihatkan agar tidak berkongsi rakaman kejadian di media sosial bagi melindungi identiti mangsa, sebaliknya menyalurkan maklumat terus kepada pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki pakistan
#cabul kanak-kanak perempuan
#kanak-kanak OKU
#Polis Daerah Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan