awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM tahun ini
5,819 murid pendidikan khas terima Sijil Alternatif Sekolah Menengah 20 Jan ini - KPM
Malaysia sasar perluas kerjasama pelancongan dengan Vietnam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lima warga Afrika terlibat "love scam" di Nilai

Bernama
Bernama
29/08/2025
10:15 MYT
Polis tahan lima warga Afrika terlibat "love scam" di Nilai
Polis menahan lima warga Afrika dipercayai terlibat sindiket Love Scam membabitkan kerugian hampir RM1 juta dalam serbuan di sebuah kawasan perumahan, semalam. - Foto hiasan
NILAI: Polis menahan lima warga Afrika dipercayai terlibat sindiket Love Scam membabitkan kerugian hampir RM1 juta dalam serbuan di sebuah kawasan perumahan di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 30-an hingga 40-an, ditahan pada 1.50 tengah hari.
"Semasa serbuan, seorang suspek cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga dan mengalami patah tulang rusuk," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Abdul Malik berkata sindiket itu menyasarkan warga tempatan dan luar negara melalui Facebook dengan menggunakan pelbagai profil akaun sejak 2023.
Pada serbuan itu, polis merampas peralatan digunakan suspek termasuk empat komputer riba, 15 telefon bimbit, 11 kad debit pelbagai bank serta masing-masing dua tablet, modem wi-fi dan pemacu USB.
Suspek direman sehingga 1 Sept bagi siasatan mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga afrika
#love scam
#Polis Daerah Nilai
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan