PUTRAJAYA: Sebanyak 4,615 insiden keselamatan siber dilaporkan ke Pusat Bantuan Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga insiden tertinggi yang dilaporkan dalam tempoh itu ialah penipuan sebanyak 3,229 kes diikuti pencerobohan (765) dan kod berbahaya (256).
"Teknologi digital kini telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita. Semasa menghadapi cabaran mendepani pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa ini, penggunaan Internet juga telah meningkat secara ketara di seluruh negara.
"Justeru, kita juga terdedah kepada pelbagai ancaman dan serangan siber," katanya.
Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama-sama CyberSecurity Malaysia sentiasa memantau persekitaran ruang siber negara dengan menyediakan perkhidmatan, bantuan serta sokongan teknikal untuk memantapkan lagi sistem rangkaian dan pertahanan siber kepada semua pihak sama ada sektor awam atau swasta serta pengguna Internet individu.
Katanya peringatan dan nasihat juga dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi membolehkan pentadbir sistem di organisasi awam serta swasta selain pengguna Internet mendapatkan maklumat mengenai amalan terbaik bagi menangani dan membanteras sesuatu ancaman serta serangan siber.
Maklumat itu boleh didapati melalui portal MyCERT atau Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia, CyberSecurity Malaysia di pautan https://www.mycert.org.my/.
Untuk pelaporan insiden keselamatan siber, Pusat Bantuan Cyber999 boleh dihubungi melalui beberapa saluran iaitu e-mel [email protected], talian 1-300-88-2999 dari Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 3 petang), telefon bimbit di talian 019-266 5850 bagi panggilan laporan insiden kritikal sahaja serta aplikasi Cyber999 yang boleh dimuat turun di Appstore dan Google Play.
Saifuddin turut menggesa pengguna Internet agar sentiasa peka, cakna serta melengkapkan diri dengan tatacara penggunaan teknologi dan Internet dengan menggunakannya secara berhemah, positif, beretika dan penuh tanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021
Tiga insiden tertinggi yang dilaporkan dalam tempoh itu ialah penipuan sebanyak 3,229 kes diikuti pencerobohan (765) dan kod berbahaya (256). - Gambar hiasan/ Reuters
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.
Keselamatan siber: Malaysia perlu 25,000 profesional menjelang 2025 - PM Anwar
Malaysia kini kekurangan 12,000 profesional sekuriti siber, dan negara memerlukan lebih 25,000 pekerja bidang tersebut menjelang 2025.
Keselamatan data PADU terjamin, beroperasi 84 hari tanpa gangguan - Mohd Uzir
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah terbukti mempunyai standard keselamatan data yang baik selepas beroperasi selama hampir 100 hari tanpa gangguan.
Keselamatan, kerahsiaan maklumat PADU terjamin daripada kebocoran
Jika berlaku perkara tidak diingini, PADU melalui pasukan CSIRT bersiap siaga mengendalikan melalui prosedur yang ditetapkan.
NACSA kesan peningkatan insiden keselamatan siber
Pelaku menyasarkan laman sesawang, sistem dalam talian, rangkaian dan aplikasi milik organisasi swasta serta kerajaan di Malaysia.
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh - Bank Negara
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh pada separuh kedua tahun 2023.
'RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang'
Kerangka Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
CyberSecurity Malaysia tingkat kemudahan makmal keselamatan siber, terima pengiktirafan
Kementerian Digital melalui agensinya CSM telah meningkatkan kelengkapan kemudahan makmal keselamatan siber yang turut menerima akreditasi serta pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
SC lancar inisiatif perluas ekosistem inovasi digital
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan melancarkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan libat urus dengan industri dan ekosistem inovasi digital yang lebih luas.
Data peribadi dalam sistem PADU selamat, tidak digodam
Dakwaan PADU digodam hanyalah untuk mendapatkan populariti dan data rakyat Malaysia masih dikawal selia oleh pihak kerajaan.